Suatu malam yang mendebarkan

Assalamualaikum w.b.t

Apabila si dia mengejar

 Suatu malam ketika khaty sedang rancak bersembang dengan teman2 lama,datang satu lembaga yang tiba2 menyebabkan kami berlari bertempiaran. Sampai di satu simpang, habis terpisah kami semua.

Bayangkan dalam keadaan gelap gelita dan dikelilingi hutan, khaty berlari dan terus berlari tanpa ada perhentian. Tanpa menoleh ke belakang, khaty berlari lagi dengan harapan lembaga tadi sudah tidak mengejar lagi.

Khaty makin keletihan kerana berlari tanpa henti. Berlari tanpa melihat lembaga yang mengejar bimbang akan terlibat sesuatu yang tidak di ingini. Berlari Dan berlari sehingga khaty kedengaran seperti ada yang memanggil namaku.

Lagi la seriau apabila nama ku dipanggil berulang- ulang. Sayup- sayup kedengaran sehingga terasa seperti semakin dekat di telinga. Dan pada masa itu juga, apabila khaty menoleh......terus khaty menjerit...arrgggggghhhh

Apabila ku buka mataku,kelihatan wajah yang amat kukenali...
Ayang Nie dah kenapa menjerit macam orang kena kejar hantu
Khaty bermimpi rupanya...hahahaha..

Keesokan harinya, suami khaty telah menceritakan keadaan khaty ketika khaty di landa mimpi buruk itu. Khaty kelihatan sukar bernafas dan berselang seli dengan ketawa seperti mengilai. Cerita suami khaty lagi, anak khaty juga berasa takut melihat khaty yang berkeadaan begitu..seram pulak apabila di fikirkan kembali

Mungkin anda juga biasa mengalaminya, tetapi percayalah memang penat berlari tanpa henti. Jadi,sebelum tidur basuh kaki ( walaupun basuh tetap mimpi juga) dan baca dia tdur..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

5 komen:

  1. mak aih....sebelum tidur ikut nasihat dramaticuniq....makan aiskrim magnum sebelum tidur yaaa

    ReplyDelete
  2. seram pula baca citer khaty ni. amalkan ayat kursi sblm tidur ye.

    jemput singgah ke blog yong ye
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Seramnya. Pernah jugak mimpi macam ni.. Bila terjaga memang berpeluh-peluh. Baca doa tidur, amalkan 3 qul & ayat kursi. In sha allah tidak akan mimpi macam ni lagi.

    ReplyDelete
  4. waduhhh2 yeke kak khatyy. banyakkan baca-baca zikir sebelum tidur ye kak syg :)

    ReplyDelete