7 Jenis Minuman Untuk Mengatasi Masalah Sukar Tidur

Assalamualaikum w.b.t




Seseorang individu yang mengalami masalah kurang tidur , pasti akan mengalami masalah gangguan perjalanan rutin keesokan harinya.  Khaty ingin berkongsi tip ini untuk kebaikan bersama.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

 Tips untuk mengatasi masalah sukar tidur


Susu coklat


Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

Teh pudina



Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile

 

Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Koko

Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu Panas

 

Beralih ke susu panas jika susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)

 

Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh halia

 

Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

Selamat mencuba.

3 komen:

  1. bagus jugak ni,kekadang malam payah nak tido..thanks sharing

    ReplyDelete
  2. lagi best kalau ada yg sediakan sebelum tdo..kikiki -mommy irra

    ReplyDelete
  3. minum milo panas.
    hmmm sedap nyer!

    ReplyDelete