lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 6 October 2015

BELIAN ONLINE CATAT ADUAN PALING TINGGI

Assalamualaikum w.b.t

BELIAN ONLINE CATAT ADUAN PALING TINGGI


Kemudahan di hujung jari. Itulah trademark kebanyakkan pengguna yang kerap melayari pelbagai laman sesawang yang ada pada masa kini. Tidak ketinggalan juga ada pelbagai kedai online yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ini juga sebenarnya memudahkan kepada pengguna untuk membeli barangan yang di sukai tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak. Mana tidaknya, kemudahan di hujung jari sangat besar impaknya kepada kita semua.

Membeli membeli juga. Akan tetapi anda haruslah berwaspada dengan tawaran dan kedai-kedai online yang wujud di laman sosial. Jangan dek kerana terlalu mencari harga yang murah tanpa menghiraukan kualiti dan perkhidmatannya, anda menjadi leka dan gairah untuk terus membeli tanpa berfikir panjang.

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Pembelian barangan dalam talian mencatatkan aduan tertinggi iaitu sebanyak 7,641 aduan berikutan sikap pengguna yang tidak memahami terma dan syarat pembelian, selain beranggapan penguatkuasaan bagi mana-mana perniagaan adalah sama.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Dr. N. Marimuthu berkata, orang ramai sering menjadi mangsa kepada peniaga dalam talian kerana mereka tidak menyemak terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut berdaftar atau tidak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 51.8 peratus pengguna menjadi mangsa pembelian dalam talian apabila menerima barangan yang tidak sama seperti yang dipaparkan di laman web dan terpaksa menunggu lebih lama bagi mendapatkan barangan.
“Apabila situasi ini berlaku, pengguna akan cuba menghubungi peniaga terbabit untuk mendapatkan pulangan wang mereka semula, malangnya kebanyakan peniaga terbabit tidak berdaftar dengan SSM dan bertindak menghilangkan diri. Jadi ini akan memakan masa yang lama untuk pihak berkuasa mengesan dan mengambil tindakan susulan.
“Justeru, kami ingin menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati, berfikir dahulu sebelum membuat pengesahan pembelian dalam talian dan membaca terlebih dahulu syarat-syarat juga terma yang terdapat dalam proses pembelian,” kata­nya dalam sidang akhbar Pelancaran Laporan Tahunan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) 2014-SUMBER UTUSAN
Bukan kita tidak boleh membeli, tetapi apa salahnya kalau kita meluangkan sedikit masa untuk mengenal pasti samada kedai itu betul-betul sah atau tidak. Ini juga untuk kemudahan kita di masa hadapan. Kepada mereka yang telah berjaya dengan perniagaan online yang di jalankan, tahniah diucapkan dan semoga anda akan lebih maju jaya.

Bukan nak kata kedai online tak bagus.
Tetapi untuk keselamatan kita ambil langkah berjaga-jaga.
Luahkan apa saja,yang penting enjoy

1 comment:

  1. ya, betul.. beli kat online ke offline ke yang penting kena hati-hati..
    penipuan berlaku di mana-mana.. :(

    ReplyDelete