lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 20 October 2015

Demam Paratifiod

Assalamualaikum w.b.t

cara merawat bahaya kesan Demam kepialu atau demam paratifoid


Demam kepialu atau demam paratifoid (typhoid fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.

Bagaimana demam kepialu @ paratifiod merebak?

Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan gerai makanan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu dalam sesuatu kawasan.

Adakah demam kepialu @ paratifod merbahaya ?

Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam panas 103° ke 104 °F (39° ke 40 °C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, dan tompok berwarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.

Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada 1907, Mary Mallon ("Typhoid Mary") menjadi pembawa Amerika Syarikat yang pertama dijejak dan dikenal pasti. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat dianggarkan 1 sehingga 20 orang yang dijangkiti demam kepialu masih membawa penyakit demam kepialu selepas sembuh.

Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan yang baik merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.

Cara untuk mengelak dari di jangkiti  demam kepialu atau demam paratifoid

1. Dapatkan vaksin: Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan daripada demam kepialu. Temui pakar kesihatan anda tentang imunisasi yang betul.
 
2. Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan: Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah dibasmi kuman secara bahan kimia.

3. Elakkan makan makanan yang tidak dimasak: Pastikan makanan yang anda ambil dimasak sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya.

4. Amalkan kebersihan tangan yang baik: Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air, gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.


Wabak demam kepialu atau demam paratifoid masih terkawal

JOHOR BAHRU 20 Okt. - Wabak demam kepialu atau tifoid yang dilaporkan menular di beberapa kawasan di ibu negara adalah terkawal.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sehubungan itu menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan perkara itu dan meminta semua pihak mengutamakan kebersihan diri dan makanan.
“Demam kepialu ialah wabak yang boleh dirawat dan kita juga mempunyai vaksin yang cukup bagi menangani perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen QA Peringkat Kebangsaan Ke-8, di sini.UTUSAN

Dalam islam juga menjaga kebersihan amat di titik beratkan kepada semua ummatnya. Jadi bersama-sama kita menjaga kebersihan diri dan juga alam sekitar. Cuaca sekarang tidak menentu, sama-sama bermohon doa kepada yang Maha Kuasa agar kita semua dapat menjalani kehidupan dengan udara dan persekitaran yang sihat.

3 comments:

  1. Sekarang ni memang kena lebih berjaga-jaga. Lagi2 sebarang perubahan pada keadaan kesihatan kita dan anak-anak :)

    ReplyDelete
  2. Kena berjaga jaga sekarang. Macam maca penyakit ada

    ReplyDelete
  3. Kene minum air lebih dan kurangkan aktivi luar kan!...
    Moga kita semua sentiasa sihat hendaknya.

    Aamiin

    ReplyDelete