DIET MUDAH DAN SIHAT MENGGUNAKAN KUNYIT

Assalamualaikum w.b.t

Kunyit - untuk melangsingkan badan

Kunyit memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia dan dunia.  Kebanyakan makanan memerlukan campuran kunyit untuk menambah kelazatan makanan.  Masakan semudah ikan goreng juga perlu dicampur garam dan kunyit untuk menambah perisa.

Disamping sebagai penambah perisa makanan,ia ada mempunyai pelbagai fungsi lain.  Diantaranya adalah :

Khasiat kunyit

Untuk menghilangkan gatal-gatal kulit - Caranya adalah, ambil kunyit dan asahkan dengan minyak kelapa hingga pekat, kemudian lumurkan ke bahagian kulit yang gatal.  Untuk mengasah tu terpulanglah kepada anda.  Cara yang mudah adalah dengan mengasah di dalam lesung batu
Untuk merawat haid yang tidak teratur - ambil dua buku kunyit lalu ditumbuk hingga lumat bersama ketumbar, buah pala, jintan hitam (habbatus sauda), bunga cengkih, bunga kiambang dan daun sirih.  Kemudian direbus hingga mendidih dan ditapis.   Minumlah air rebusan tadi dua atau tiga kali seminggu.  
Untuk mengurangkan panas dalam badan - Untuk mengatasi demam disebabkan panas dalam badan atau bibir pecah-pecah, ambil kunyit sebesar jari, parut halus dan perah untuk mendapatkan airnya.  Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.  Minumlah air campuran tersebut, insyaallah ia akan dapat menurunkan tahap panas badan ke tahap normal.

 Bunga kunyit yang sesuai untuk di buat ulam-ulaman
Untuk mengubati kudis - Ambil dia buku kunyit hidup, bersihkan dan tumbuk hingga halus.  Kemudian masaklah ia dengan setengah cawan minyak kelapa.  Setelah sejuk, sapukan pada bahagian berkudis.
Untuk menambah darah - Ambil enam buku kunyit dan tiga biji lempoyang dan tumbuk kedua-dua bahan tersebut hingga lumat.  Minumlah air perahan dari bahan tadi.  Kemudian telan pula sebiji kuning telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) mentah.Amalkan tiap-tiap hari selama seminggu.  Insyaalah masalah kekurangan darah akan dapat diatasi dan tenaga anda akan bertambah baik.
Untuk menguatkan tenaga batin - Ambil satu sudu besar air perahan kunyit, satu sudu besar madu lebah, dua sudu air limau nipis dan dua biji telur ayam kampung.  Kacaukan telur bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati.  Minumlah dua kali seminggu.

 Pokok kunyit yang mudah di tanam di mana-mana sahaja
Untuk masalah kulit berminyak - Ambil kunyit, bersihkan dan ditumbuk halus.  Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu lebah dan air limau nipis dan gaulkan hingga sebati.  Sapukanlah bahan tadi di muka dan biarkan selama 15 minit.  Bersihkan muka dengan air suam.  Amalkan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.
Untuk melangsingkan badan - Ambil sebuku kunyit, bersihkan dan ditumbuk hingga halus.  Kemudian rendam dengan segelas air panas.  Setelah sejuk bahan tadi, minumlah air tersebut dua kali sehari.  Amalkan selalu sehingga bentuk badan impian anda tercapai.
 
Sebenarnya pelbagai jenis ulam yang terdapat di malaysia mempunyai khasiat dan kelebihan nya yang tersendiri. Terpulang kepada diri kita bagaimana untuk kita menggunakannya. Semoga berjaya
 
Luahkan apa saja, yang penting enjoy

6 komen:

  1. teringat dalam pantang minum air kunyit.eeuuww.... tapi kesannya woww!!!

    ReplyDelete
  2. Kunyit hidup memang byk khasiat. Kalau anak selsema, sapu kunyit atas hidung. InsyaAllah cepat je kering hingus dia

    ReplyDelete
  3. Memang banyak khasiat kunyit ni kan Khaty :)

    ReplyDelete
  4. Kunyit memang bagus, lebih-lebih lagi digunakan semasa dalam pantang lps bersalin

    ReplyDelete