lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 29 October 2015

Lestary Drama Kau Aku Kita

Assalamualaikum w.b.t

Lestary Drama Kau Aku Kita


Sinopsis Drama Kau Aku Kita

Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


SINOPSIS NOVEL KAU AKU KITA

Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (Lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.
 

JUDUL : KAU, AKU, KITA

EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria
 

LAGU TEMA / OST KAU, AKU, KITA

Lagu : Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain 

WATAK PELAKON KAU, AKU, KITA


 
Syarul Ridzwan sebagai Aus
 
 
 
Janna Nick sebagai Iman

 
Isey Fazlisham sebagai Mus
 
 
 Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie

 



sumber : infotaip

Selamat menonton

Suka tengok watak shamsul dan kuza..best


1 comment:

  1. lom dpt tgk lagi citer ni, khaty.
    ada gak lalu lalang kat timeline fb aida pasal citer ni.
    but lom sempat tgk...

    ReplyDelete