RASAI KELEMBUTAN CAPATI MAJ

Assalamualaikum w.b.t


Apabila anda sudah berada di Pulau Pinang,sudah pastinya perkara yang berlegar-legar di fikiran anda adalah makannya. Yang paling popular  dan menjadi tredmark Pulau Pinang  Nasi Kandaq dan Pasemboq. Tidak mengira waktu dan tempat, datang sahaja ke Penang, sudah pastinya anda mempunyai tempat yang hendak di tuju.

Kelebihan capati MAJ

Bagi anda yang menggemari capati,boleh la berkunjung ke gerai makan MAJ di Ah Qui Street ataupun Lorong Pitt yang berdekatan dengan Masjid Kapitan Dan Restoran Kapitan. Memang anda akan rasa sangat berbaloi- baloi kerana kelembutan capati nya memang tidak boleh di sangkal lagi. Bagi khaty yang sememangnya menyukai makanan yang berasaskan tepung seperti capati dan roti canai, memang sangat-sangat berpuas hati dapat makan di gerai tersebut. Lain orang lain citarasanya. Capati di sini juga di buka untuk sarapan pagi sehingga  makan tengahari. Ada juga hari yang di buka sehingga lewat petang. Jika anda membeli dan mambawa pulang capati tersebut, ianya masih lembut seperti anda makan di gerai tersebut. Kuahnya terpulang kepada anda masing-masing.

Hidangan selain capati

Terdapat juga hidangan lain seperti nasi dan di hidangkan dengan pelbagai jenis lauk. Kalau tidak mahu makan capati boleh makan nasi. Jika anda ingin merasai kelaianan makanan di Penang, boleh la anda berkunjung di gerai MAJ ini.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang sangat sedap untuk di cuba.Anda bila  lagi..

Luahkan apa saja, yang penting enjoy.

0 komen:

Post a Comment