RESEPI RINGKAS AIR TANGAN IBU PERUT MASAK TAUCHU

Assalamualaikum w.b.t

 Hari raya korban telah berlalu, namun daging dan perut yang di perolehi semasa hari korban masih tersimpan di dalam peti sejuk. Apabila kata sepakat sudah di capai, maka mak bersetuju untuk masak perut bersama tauchu. Tak tahulah sama ada anda gemar makan perut, tetapi khaty kalau bab makan memang selalu A++++. Ringkas dan mudah sahaja nak masak. Sebab mak yang masak, jadi ia meningkat kesedapannya 200%.

MARI MEMASAK PERUT MASAK TAUCHU

Bahan-bahannya :-
1 mangkuk besar perut 
4 sudu besar tauchu ( Tamin )
10-20 batang cili padi 
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
3 batang serai
halis sebesar ibu jari
1 mangkuk kecil air asam jawa
sedikit belacan 
garam 
gula 
minyak

Cara memasaknya:-
Potong kecil perut tadi dan rebus perut agak-agak sampai boleh kunyah.Angkat dan toskan
Hiris nipis-nipis bawang besar, bawang putih, halia dan serai serta cili padi ikut kepedasan masing-masing
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di hiris nipis tadi sehingga layu
Masukkan perut yang telah di angkat tadi serta sedikit belacan.
Goreng bagi agak garing dan kemudian masukkan tauchu dan goreng seketika.
Masukkan pula air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak seketika boleh angkat untuk di hidangkan.

Khaty berketurunan jawa memang suka masak makanan berasaskan tauchu tetapi kurang pedas. Kepada anda semua selamat mencuba. Perut boleh di pelbagai masakannya, cuma perut masak bersama tauchu memang salah satu lauk kegemaran khaty sekeluarga. SELAMAT MENCUBA

Luahkan apa saja ,yang penting enjoy.

5 komen:

  1. Nie mengugut iman nie..
    Esok weekend kena pi cari perut lembu nie..


    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  2. alamak..perut tu memang best kalau masak sayur campur. Musim korban ni memang senang dapat bahan... terbaiklah fav saya .

    ReplyDelete
  3. Alahai Khaty....bestnya..kebetulan ada perut lembu dalam esbok kat umah Seremban...boleh la masak macam ni

    ReplyDelete
  4. tauchu kalau tak kena gaya boleh jadi masin makanan... kena pandai2 agak la kan.. :)
    ain pun suka perut lembu.. buat sup atau masak lemak cili padi je selalunya..
    lepas ni leh try resipi khaty ni plak.. :)

    ReplyDelete
  5. perut klu buat kerabu sodap ni...
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete