lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 5 October 2015

ROTI CANAI SUDAH TERBANG KE MILAN

Assalamualaikum w.b.t


 
Memang menjadi aktiviti mingguan kami sekeluarga untuk pergi bersarapan di luar. Dan tempat yang selalu dan kerap kami kunjungi adalah gerai roti canai. Bukan suka akan makan di luar tetapi apabila hujung minggu anak-anak memang suka mengajak untuk sarapan di luar. Ada satu gerai di kawasan kediaman kami di pekan Kuala Ketil memang terkenal dengan keenakan dan kelembutan roti canai yang di tebar dan kemudian di goreng garing. Makan pun rasa macam ada krispy sahaja. Sampai empunya gerai memang dah kenal dengan kami kerana kami juga salah satu pelanggan tetap beliau.

Kisah nya apa pagi-pagi dan buka cerita pasal roti canai. Terasa bangga dan kagumlah dengan kejayaan anak malaysia yang telah berjaya membawa roti canai terbang nya terbang ke Milan. Roti canai pun dan terbang merata kan. Hebat sungguh..

Milan (Itali): ‘Roti canai terbang’ oleh Chef Asmawi Rozli atau lebih dikenali Mawi menarik perhatian para tetamu pada Festival Makanan Malaysia di Malaysian Pavillion di Expo Milano 2015 dengan kemahirannya memusingkan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu di udara.
Mawi menunjukkan kepada para penonton cara membuat roti canai bermula dari menguli hingga menebarnya di udara sambil menari sehingga mendapat tepukan gemurah tetamu.
Roti canai antara hidangan Malaysia yang dihidangkan kepada tetamu asing pada Festival Makanan Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, malam tadi.
Tetamu turut dijamu dengan makanan terkenal Malaysia lain seperti sate, rendang daging, asam laksa, dim sum, karipap, goreng pisang, cucur udang dan bubur pulut hitam dan pengat pisang serta teh tarik.
Selain makanan para tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Malaysia oleh para penari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. - BERNAMA
Khaty memang peminat setia roti canai.
Bagaimana dengan anda.
Mualakn hari dengan senyuman dan bersarapan.

1 comment:

  1. tetiba nak tumpang bangga skali boleh dak ? ngeh3..

    ReplyDelete