gambar : utusan
Alangkah bertuahnya jika khaty dapat pergi bermain salji di negara yang bermusim. Ada ka yang hendak bawa khaty. Nampaknya kalau nak buat tabungan mesti dah jadi ke destinasi lain. Walaupun khaty pernah mendiami bumi jepun selama 6 bulan, agak sayang kerana waktu kami balik ke malaysia, 3 hari selepas itu di kediaman kami di yokkaichi salji mula turun. Kenapalah salji tak turun masa kami di sana..frust sekejap..
Berlainan pula bagi orang kaya di Dhubai, mereka boleh mengimpikan apa saja selagi mereka mampu untuk membayarnya. Buat bilik salji dalam rumah pun boleh. Seronokkan..Itulah manusia, ada duit semua jadi. Kalaulah ada kemampuan, nak je cari kontraktor macam nas nuri untuk buat rumah banglo atas bukit. Mesti lawa view
DUBAI – Seorang ahli perniagaan Britain bijak mengambil peluang perniagaan apabila berjaya menarik perhatian penduduk kaya di destinasi pelancongan terkenal, Dubai yang mahukan suasana sejuk ekoran musim panas di negara ini.Ahli perniagaan itu, Ben Elliot-Scott, memperkenalkan bilik salji kepada mereka ekoran kebanyakan daripada 2.4 juta penduduk Dubai tidak pernah melihat salji berikutan cuaca di Teluk tidak pernah turun daripada 24 darjah Celcius.
Peningkatan populariti bilik berkenaan juga berlaku selepas penayangan filem animasi Frozen dan Desert Snow.
Elliot-Scott, 37 dari Bath, Somerset berkata, dia mengenakan caj sehingga 180,000 pound (RM1.164 juta) untuk membina bilik salji di kediaman pelanggannya yang kebiasaannya digunakan sebagai lokasi parti lengkap dengan hiasan orang salji.
Dia mampu menghasilkan 1,000 kubik meter ais dalam tempoh 24 jam menggunakan air, udara, dan nitrogen.
“Perkara paling menggembirakan dalam apa yang kami lakukan adalah kegembiraan kepada mereka yang buat pertama melihat salji,’’ katanya seperti lapor Mail Online.
Jelas Elliot-Scott, pelanggannya terdiri daripada pegawai eksekutif yang tinggal di kawasan mewah seperti di Emirates Hills.
“Kebanyakan parti ini diadakan di kediaman seperti vila yang mempunyai laman,’’ katanya.
Elliot-Scott berkata, syarikatnya juga baru menyiapkan dua bilik salji untuk pelanggan dengan kos bermula pada 71,000 pound (RM459,731). Utusan
Seronokkan tengok bilik salji yang telah di siapkan. Tetapi kita di malaysia juga boleh merasai kesejukan salji seperti di Genting Highland. Paling dekat dan mudah untuk kita lawati. Boleh la buat tempahan ke Genting Hihgland jika anda teringin untuk merasainya.
Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Ucing Nak URL ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi dan Join contest kat SiNi ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf xsempat blog walking bulan lepas ...
ReplyDeletebagusnya kalau boleh buat sendiri kat rumah..hahaha
ReplyDeleteaida x brape boleh buat salji dlm umah.
ReplyDeletesemua kalau terlebih sejuk ~ demam!!! ha ha ha...