Aaisyah Dhia Rana Berlakon Drama, Terima Bayaran Lumayan - KhatyAiman KhatyAiman: Aaisyah Dhia Rana Berlakon Drama, Terima Bayaran Lumayan
Textual description of firstImageUrl

Aaisyah Dhia Rana Berlakon Drama, Terima Bayaran Lumayan

khatyaiman | 11/17/2015 03:00:00 pm | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t


Alahai Aaisyah Dhia Rana yang sangat comel, kehidupan nya sangat bahagia dan teratur sahaja melihatnya. Manakan tidak, lihat sahaja cara penjagaan dari kedua ibu bapa nya Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang telah menjaga dengan sepenuh hati dan penuh dengan limpahan kasih sayang.

Laporan media menyebut kanak-kanak yang baru berusia setahun itu di bayar pihak produksi dengan bayaran mencecah belasan ribu ringgit hanya untuk 11 episod.

"Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap." jelasnya kepada BH Plus selain menyatakan bahawa apa yang di lakukan olehnya itu bukanlah bertujuan untuk mempergunakan anaknya sendiri.


Bagaimanapun menurut Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen. Che Ta menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya dan seperti biasa, pelakon ini tidak pernah terkesan dengan suara negatif dan akan melakukan apa yang terbaik buat keluarga.
“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang. Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi.
“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya.



Comel sangat la si Aaisyah Dhia Rana

3 comments:

  1. Tersangat lah comel dia tuh...

    ReplyDelete
  2. untung la mak abah dia. buat duit dgn anak :) hi hi hi
    yes. rezeki masing-masing. Allah jua yg menentukan.

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com