Barah Payudara Tidak Mengenal Usia - KhatyAiman KhatyAiman: Barah Payudara Tidak Mengenal Usia
Textual description of firstImageUrl

Barah Payudara Tidak Mengenal Usia

khatyaiman | 11/26/2015 08:18:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t


Mendengar sahaja akan perkataannya BARAH PAYUDARA , pastinya ramai di antara kita terutama golongan wanita berasa gerun. Mana tidaknya, ia merupakan pembunuh paling nombor 1 wanita di malaysia. 
Bagi khaty sendiri yang pernah mengalami kejadian ada ketulan di bahagian payudara kiri semasa remaja dan belum berkahwin, dan sekarang sudah pulih alhamdulillah selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketulan tersebut. Khaty tidak berapa arif mengenai ketulan itu, dan pada masa itu juga penekanan dan pendedahan mengenai barah payudara masih kurang di hebahkan kepada orang ramai. Akan tetapi, khaty bukan di tahap barah, tetapi tidak mustahil akan terjadi jika tidak di rawat.

Kebiasaannya barah payudara mudah menyerang golongan ibu-ibu, akan tetapi sekarang ianya seperti angin yang tidak mengenal usia dan jantina. Cuma kepada mereka yang tidak mengalaminya mungkin bernasib baik, dan kepada yang sedang berlawan dengan barah payudara ini, khaty harapkan semoga anda semua tabah dan sabar menghadapi ujian daripada Nya.

Barah payudara tidak mengenal usia.

Terkejut apabila terbaca di akhbar tempatan yang mengatakan ada penghidap BARAH PAYUDARA  paling termuda mengalaminya. MasyaAllah. Bagaimana untuk kanak-kanak itu menghadapi dan melawan penyakit barah payudara ini.



SALT LAKE CITY - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun disahkan menghidap barah payudara dan perlu menjalani pembedahan mastektomi, sekali gus menjadi pesakit termuda direkodkan yang pernah menghidap pe­nyakit berkenaan. 
Portal Mail Online melaporkan, Chrissy Turner yang berasal dari Utah, menyedari terdapat ketulan di dadanya pada bulan lalu. 
“Kejadian itu berlaku kira-kira pertengahan bulan Oktober. Ketika itu dia datang kepada kami dalam keadaan takut selepas menyedari terdapat ketulan di dadanya,” kata bapanya, Troy kepada agensi berita ABC4 Utah News.
Pemeriksaan yang dilakukan mendapati kanak-kanak perempuan itu menghidapi penyakit barah payudara yang dipanggil secretory carcinoma.
Disebabkan penyakit itu, Turner terpaksa menjalani pembedahan membuang payudaranya. 
“Pada awalnya, saya berasa takut. Namun saya tahu saya mampu melawannya dan saya berharap saya mampu menghadapinya dan sembuh,” kata Turner.
Menurut doktor, kanak-kanak itu menghidap penyakit berkenaan atas faktor keturunan kerana ibunya, Annette, pernah menghidapi barah serviks, manakala bapanya menderita kanser darah.
Andai kata ini berlaku pada anak-anak kita, bagaimanakah kita akan menghadapinya? 

Pelakon Angelina joli mahu nikmati hidup sepuasnya


Selepas bimbang risiko menghidap kanser payu dara, gara-gara penemuan gen BRCA1 pada tubuhnya, bintang Lara Croft, Angelina Jolie, membuang kedua-dua payu daranya
Kenyataan itu dibuat Jolie berdasarkan sejarah kesihatan keluarga sebelah ibunya, yang rata-rata tidak hidup lama. Ibunya, Marcheline Bertrand, meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat barah rahim. 
dia kehilangan ibu saudara, Debbie Martin, adik perempuan bongsu mendiang ibunya, juga akibat barah. Martin meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana barah payu dara. 
Angelina mahu menikmati hari terakhir dengan sepuas-puasnya. Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak kematian iaitu dengan membuang payu dara dan berhasrat membuang rahimnya pula yang dikatakan turut berisiko dijangkiti kanser, Angelina tetap berasakan umurnya tidak panjang.  
Jadi, sebelum menutup mata, Angelina mahu melakukan semua perkara disukainya. Dia ada menyenaraikan perkara yang ingin dilakukan dan akan memastikan impian itu terlaksana sebelum dia mati, menurut sumber.

Sehingga sekarang pelbagai cara dan rawatan sedang di giat usahakan bagi mencari penawar sebenar akan penyakit ini. Sudah terlalu ramai para wanita sedang mengalaminya. 

Semoga kita semua akan dapat menjalani kehidupan yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Ingatlah 5 perkara ini dan salah satunya adalah..

"SIHAT SEBELUM SAKIT"

2 comments:

  1. selalu berharap Jolie masuk Islam.. tengok kecenderungan humanity dia..
    smoga Allah hadirkan hidayah.. huurm.. kena jaga diri always.. pemakanan especially..

    ReplyDelete
  2. aduhai anak.
    8 thn da kena breast cancer.
    Allahu Akbar...

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com