Gubahan teko mendapat juara - KhatyAiman KhatyAiman: Gubahan teko mendapat juara
Textual description of firstImageUrl

Gubahan teko mendapat juara

khatyaiman | 11/18/2015 09:53:00 am | 4 Komen
Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran wanita yang sangat besar peranannya dalam keluarga kami, hanya satu di dunia ini iaitu ibu yang paling di sayangi telah memenangi tempat pertama acara gubahan. Ada pelbagai jenis gubahan yang bertanding, akan tetapi juri sudah terpikat dengan hasil kerja ibuku. 


Terbayar penat lelahnya selama seminggu untuk menyiapkan gubahan ini. Bukan senang nak buat sebab bukan sentiasa buat. Hanya bila ada pertandingan sahaja. Kami yang ada di rumah apabila melihat kegigihannya, sangat terkejut sebab dapat juara.


Inilah ibuku yang tercinta. Hadiah di bawah gubahan itu merupakan 5 biji tupperware yang apple yang agak besar saiz nya.



Yang ini pula adalah untuk acara gubahan spontan. Alhamdulillah, berkat rezeki dari kerjasama kumpulan ibu dan  4 lagi orang rakannya, maka terhasil lah mawar kertas. Bukan senang tau nak buat, mujur ada sahabat ibu yang sangat kreatif dan tidak gopoh menyiapkan tugasan.


Hadiah yang di perolehi merupakan 5 biji tupperware juga. Dah bagi siap-siap untuk ahli yang lain sebelum balik. 

Kata ibu, suasana kat sana sangat seronok sebab ramai yang turut menyertainya.

Gubahan selalunya dapat di lihat apabila ada majlis rasmi dan hari bahagia.

4 comments:

  1. wow best nyer khaty.
    mak suka gubahan ekk?
    sgt la berbakat!
    aida suka sgt, tapi mak tak brape suka. mak aida lebih suka jahit baju.

    ReplyDelete
  2. ada komuniti ibu2 ya ? ehehe.. bagusla acik boleh isi masa lapang =D

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com