Emak terlibat dengan nasyid. Anak juga ikut terlibat. hehehehe..Inilah kumpulan Nasyid Pasti Awaddah di mana tempat anak ke dua khaty Muhammad Qayyum Fahim 4 tahun belajar. Kedudukan depan paling kiri. Yang angkat peace dua- dua jari itulah anak khaty Fahim.
Melihat gelagat fahim, sebenarnya agak kelakar kerana fahim hadir sesi bergambar sahaja, waktu latihan dan persembahan cuti dan tidak hadir. Boleh macam tu. Alahai anak, kecik-kecik dah ada macam-macam aktiviti. Tetapi bagus juga sebab itulah yang menjadi kenangan terindah nanti. Tiada ulangan sebab special edition.
Fahim memang khaty hantar ke Pasti kerana dia sendiri yang menyatakan nak pergi sekolah. Katanya di sana ada ramai kawan-kawan yang boleh di ajak main. Apabila waktu belajar, fahim dan 2 rakannya itu selalu di denda kerana suka bermain dan kurang memberi perhatian dalam kelas. Biasalah kan, budak-budak.
Tetapi yang seronoknya, dalam macam tu punya perangai pun, apabila di suruh membaca doa atau apa-apa hafazan, alhamdulillah boleh baca juga. Peperiksaan pun dapat di jawab dengan baik. Cuma bab menulis sahaja agak kurang di gemari fahim. Kalau ikut zaman khaty sebaya fahim, rasa macam lebih kurang saja perangai.
Apapun, sekolah dah cuti..kata fahim lah. Padahal sekolah sampai khamis. Ada-ada saja fahim. Tetapi cuti sekolah memang menjadi perkara yang di nanti-nantikan oleh setiap pelajar sekolah. Betulkannn...
alahai cute :)
ReplyDeleteehehe ekot mak ni =P
ReplyDelete