Assalamualaikum w.b.t

Terasa ingin tahu pula bagaimana perasaan individu yang suka belayar. Sebab khaty kalau berada di atas kapal ( macam pernah naik..hehehe) feri lah yang paling kerap, kalau ada ombak yang menyebabkan feri beralun mengikut ombak pun dah kecut perut, ini pula kapal yang berada di lautan yang sangat luas. Lain orang, lain pengalamannya. Akan tetapi, ada seorang yang memang kreatif dan berkemampuan ini telah mencipta satu kapal layar yang telah di anggap seperti sebuah istana. Mewahnya..
Symmetry kapal layar mewah masa depan.
Seorang pereka kapal layar mewah mendedahkan kapal konsep terbarunya dikenali sebagai Symmetry.
Kapal layar super itu dilengkapi pelbagai kemudahan mewah dan moden sehingga dianggap kapal layar mewah masa depan.
Symmetry yang mempunyai panjang hampir 180 meter diperkenalkan kepada
umum pada Pameran Kapal Layar Monaco 2015 pada September lalu.
Symmetry yang direka oleh pereka kapal layar mewah terkenal, Sander J Sinot boleh memuatkan 34 tetamu.
Keistimewaan Symmetry kapal layar mewah masa depan.
Mempunyai enam dek yang sarat dengan pelbagai kemudahan moden dan
mewah, Symmetry dianggap ramai pengunjung seperti sebuah istana terapung
di lautan.
Kapal layar itu mempunyai sebuah kolam renang, bilik spa peribadi dan sebuah panggung wayang.
Setiap dek di kapal itu mempunyai fungsi dan karakter tersendiri.
Dek Pantai mempunyai kolam air masin infiniti yang lengkap dengan
pantai buatan dan Dek Tetamu dilengkapi sebuah kolam renang, beberapa
bilik VIP dan balkoni.
Dek Hotel mempunyai banyak kemudahan untuk tetamu seperti tempat makan, bar, taman dan gimnasium.
Beberapa dek lagi dilengkapi dengan bilik permainan kanak-kanak, pejabat, perpustakaan dan pelbagai kemudahan mewah lagi.
Sistem Symmetry yang canggih dan moden
Symmetry juga mempunyai sistem pengendalian moden dan canggih supaya mampu berlayar di lautan dengan selamat.
Secara keseluruhan, Symmetry mempunyai keluasan hiasan dalaman mewah hampir 1,000 meter persegi.
Sinot berkata, kapal layar itu dicipta secara simetri dari tengah berbanding rekaan tradisional secara garisan selari.“Fungsi setiap dek disusun di sekitar tengah kapal.“Badan kapal yang simetri membolehkan ia belajar ke mana-mana arah di lautan, membuat belokan tajam dan pusingan serta memberi keselesaan kepada penumpang,” katanya.Katanya, kapal itu juga mempunyai keseimbangan dari segi fungsi, kecantikan, kejuruteraan dan reka bentuk.“Symmetry menggambarkan falsafah asli pemiliknya sebagai sebuah harta peribadi yang bergerak bebas ke mana-mana lautan di seluruh dunia,” jelasnya.
Kepada yang suka akan aktiviti pelayaran, boleh la cuba mengintai dari jendela mengenai pelayaran mewah ini.
mak oiiiii...!! dasyat nya kapal.. betul2 mewah ni..
ReplyDeletealangkah best nya kalau ermm.. kalau.. ermmmm... kalau...
hehehehehee... :)
kalau la dpt belayar di atas nya dgn asben & anak-anak....
ReplyDeletelayar impian ku :)