Resepi mudah membuat donut lembut - KhatyAiman KhatyAiman: Resepi mudah membuat donut lembut
Textual description of firstImageUrl

Resepi mudah membuat donut lembut

khatyaiman | 11/09/2015 10:12:00 am | 2 Komen

Aktiviti di teruskan lagi dengan mencuba untuk membuat kembali kuih donat lembut yang telah sekian lama di tinggalkan. Adunan dan cara untuk menghasilkan donut lembut agak mudah.

Bahan-bahan untuk membuat donut lembut
A
500g tepung blue key
1/2 sudu perasan pandan
50g gula caster
20g shortening
90ml air

B
Secubit tepung blue key
5g serbuk yis segera
50ml air

1 cawan gula aising

Cara-cara membuat donut lembut

Campurkan bahan A sehingga sebati
Gaulkan bahan B sehingga sekarang
Campurkan bahan A dan B sehingga sebati dan uli adunan sehingga lembut (adunan tidak melekat di tangan)
Rehatkan doh donut lembut selama 1/2 jam
Ambil acuan donut lembut untuk dapatkan saiz yang sekata.
Jangan di buang baki tepung yang bersaiz kecik kerana jika di goreng sekali memang sedap.
Setelah adunan donut lembut siap di bentuk,boleh lah memulakan acara menggoreng.
Angkat dan kemudian gaulkan bersama gula aising tadi

Dapat makan donut yang masih panas-panas serta di sediakan bersama air kopi, sudah pastinya anda akan  berasa sangat puas hati  dan sesungguhnya perut anda akan bernyanyi senang hati kekeyangan.

Selamat mencuba

2 comments:

  1. gebu... pasti sedap.
    aida x pernah mendonut lagi, khaty.
    just meroti aje :)

    ReplyDelete
  2. Gebunya donut tu....sedap...diana suka makan donut ni..

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com