Resepi mudah sambel goreng ikan bilis - KhatyAiman KhatyAiman: Resepi mudah sambel goreng ikan bilis
Textual description of firstImageUrl

Resepi mudah sambel goreng ikan bilis

khatyaiman | 11/11/2015 12:51:00 pm | 8 Komen
Assalamualaikum w.b.t

resepi mudah Sambal goreng jawa ikan bilis kentang air tangan tok yang superr

Cuti sempena perayaan Deepavali di habiskan bersama keluarga dengan bermalam di rumah Tok. Tok pula dah ada perancangan tersendiri iaitu membuat bubur asyura walaupun macam agak terlambat kan, tetapi boleh saja kalau kudrat mengizinkan. Alhamdulillah, bubur pun dah habis di makan dan dapat belajar satu lagi resepi ringkas dari tok iaitu sambel goreng jawa ikan bilis bersama kentang.

Sambal goreng jawa ikan bilis kentang air tangan tok yang superr

Bahan-bahannya sambal goreng jawa ikan bilis kentang

1/2 kg ubi kentang
300g ikan bilis
3 tangkai cili besar
1 ulas bawang besar
Sedikit kicap minyak

Cara membuat  sambal goreng jawa ikan bilis kentang

Potong kentang nipis-nipis , basuh dan toskan.
Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga sedikit garing
Goreng pula ikan bilis sehingga garing
Tumiskan bawang dan cili besar yang telah di mayang, masak sehingga layu sedikit
Masukkan kentang dan ikan bilis, kacau sebentar
Masukkan kicap mengikut selera anda. 
Kacau sehingga sebati dan boleh di angkat
Siap untuk dimakan

Masakan dari air tangan tok memang berbisa sebab walaupun ringkas tetapi anak cucu makan siap bertambah. Lain kali nak buat lagi.
Selamat mencuba.

8 comments:

  1. hihi mak mentua saya pun suka wat camni.. mmg sedappp. buat meratah pun habis

    ReplyDelete
  2. Ada sambal goreng camni, kompom bertambah nasik..haha..

    ReplyDelete
  3. sedapppp ni.. tapi tak pernah buatSalam kenal n follow sini

    ReplyDelete
  4. simple resipi dia..boleh try nnti ni..

    ReplyDelete
  5. Adoiii laaa ... Tertengok haaa, lapar terus ...

    ReplyDelete
  6. Penah cuba..cuma xletak kicap je..lps ni blh cuba versi sis ni..tq sharing

    ReplyDelete
  7. dap nyer...
    paling win ada cili api!

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com