Rezeki berganda dengan Domino's Pizza Malaysia - KhatyAiman KhatyAiman: Rezeki berganda dengan Domino's Pizza Malaysia
Textual description of firstImageUrl

Rezeki berganda dengan Domino's Pizza Malaysia

khatyaiman | 11/17/2015 01:25:00 pm | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t


Beberapa hari yang lalu, khaty dan rakan pejabat tiba-tiba bingung memikirkan menu untuk di santap tengahari nanti. Kebetulan dalam wallet khaty masih ada kupon percuma dari domino's pizza kerana kelewatannya semasa menghantar pizza kepada kami.


Jadi kami pun buka lah laman web domino's untuk membuat pesanan menggunakan kupon domino's yang ada. Cubaan kali pertama gagal kerana kod yang kami masukkan error. Tidak mengapa, cuba lagi. Masih sama juga. Haihh, orang nak makan pizza tapi tak boleh pula.

Kami cuba cara lain pula. Telefon pula HQ Domino's untuk membuat pesanan. Gembira apabila pesanan yang di buat akhirnya hanya menunggu panggilan dari HQ untuk mengesahkan pesanan. Apabila HQ Domino's telefon, dah kawan khaty pula tidak menjawab panggilan tersebut sebab dia letakkan mood senyap. Boleh macam tu..haihhh..hampa lagi..

Cubaan kedua berjaya akan tetapi panggilan dari HQ pula yang di tunggu-tunggu tiada. Kami mencuba hingga masuk kali yang ke 7 baru berjaya. Penat hoiiii. Dari pukul 12.05tgr sehingga pukul 2.30 ptg baru dapat pizza. Apa korang rasa kalau jadi dekat korang.

Tetapi setelah amarah di lepasakan kepada pihak HQ dominos pizza, akhirnya ada juga staff dari HQ yang telah membantu kami hingga pesanan berjaya dan yang paling seronok dan merasakan rezeki berganda buat kami apabila pesanan kami tadi akan di beri secara percuma kerana ada kesilapan yang berlaku dari pihak HQ. Alahmdulillah, penat-penat marah dapat pizza percuma. Kupon yang nak guna juga tidak di ambil kira. Hoyeayyy

Apapun terima kasih sekali lagi Domino's pizza sebab bagi pizza percuma. Kita orang dapat pizza sama macam kita orang order, cuma cheese aja yang tiada. Ultimate Hawaiian dan Flaming Tuna sangat sedap.

note - lain kali kena belajar lagi cara nak tebus kupon..hehehe

4 comments:

  1. berbaloi marah.. haha. kadang kadag kita kena juga cakap kasar untuk menjadikan mutu perkhidmatan lebih baik.

    ReplyDelete
  2. bestnya domino
    lg best dr pizza
    lebi2 lagi thin crust dia ..huhuhu

    ReplyDelete
  3. adus.. tingin nak makan pizza pulak la cenggini..

    ReplyDelete
  4. dominos memang sedap.
    aida few times makan, terus terpikat.
    better kot dari pizza hut :)

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com