Sebuah drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bermula awal November nanti.
SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan
Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang
sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun
Akhiruddin.
Oleh kerana, setelah hampir dua bulan
mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk
menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna
kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia
menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu,
Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi
Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael
tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat
daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah
telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan
bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi
kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan
peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah
menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa
cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju
juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas
untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.
JUDUL : TUAN ANAS MIKAEL
TARIKH / MASA : November 2015
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud
wah.. menarik
ReplyDeleteTak sabar nak tengok lakonan Aaron Aziz nih
ReplyDeletesabar menunggu 9 November hehehe
ReplyDeletewah cerita baru lg la..
ReplyDeletezara tu blakun ..mnarik
mlm ni kan?
ReplyDeletemau tgk la. mcm menarik :)