Tahniah dan alhamdulillah di ucapkan kepada penyanyi tersohor malaysia Datuk Siti Nurhaliza di atas berita mengenai kehamilannya yang telah memasuki bulan ke dua. Seronoknya nak dapat baby. Mesti ramai yang ternanti-nanti perkembangan terkini penyanyi ini. Bukan apa, kita sama-sama mendoakan supaya segalanya berjalan dengan lancar dengan izin dari Allah s.w.t. Mungkin ada sebabnya kenapa Datuk Siti tidak mahu terburu-buru mengumumkan berita mengenai kehamilannya. Jadi, semoga Datuk Siti akan menjalani kehidupan yang sentiasa di limpahi dengan pelbagai warna kehidupan yang menarik.
Siti Nurhaliza sudah mengandung
Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki
menyebelahi, penyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka
bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.
“Ia,
memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam
usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan
suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal
kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang
dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.
“Jika
dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun
suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’
kerana memang benar Siti sudah hamil.
“Tindakan
ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat
mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia
kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu
didedahkan.
“Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang
kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat
pada tahun depan,” kata sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat
pasangan tersebut.
Pastinya ramai yang akan menanti perkembangan Toktie dari masa ke semasa termasuk lah khaty..hehehe
Alhamdulillah..betul seperti yang dijangka..heee
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeleteConfirm la yer khaty..huhuhu
ReplyDeletealhamdulillah :)
ReplyDeletepregnen akhirnya dato ct.