Apabila KAYAP menyerang diriku - KhatyAiman KhatyAiman: Apabila KAYAP menyerang diriku
Textual description of firstImageUrl

Apabila KAYAP menyerang diriku

khatyaiman | 12/01/2015 10:27:00 am | 8 Komen
Assalamualaikum w.b.t


Beberapa hari yang lalu, khaty merasa perubahan pada suhu badan. Seakan mahu demam, tetapi tidak demam. Panas sejuk panas sejuk pula suhu badan. Terasa sakit badan seperti membuat kerja berat, padahal kerja-kerja biasa sahaja. Selepas itu timbul pula biji-biji kelihatan warna merah dan seperti ada cairan di dalamnya di permukaan kulit khaty. Gatal dan aktivit menggaru memang  tidak terkawal. Apabila di siasat di dapati khaty telah di serang sejenis penyakit yang bernama KAYAP. Takut sangat sebab ada yang mengatakan penyakit Kayap jika tidak di rawat boleh membawa maut.

Pengenalan penyakit KAYAP

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda penyakit KAYAP

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi penyakit KAYAP

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan penyakit KAYAP

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.
Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

Pantang larang bila terkena penyakit kayap :

1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar
perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan
cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana
terbaik.


2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
dengan bahagian kulit.


3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas 

( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau 
yang baru digosok)

4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah


5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta
ubat untuk kurangkan rasa gatal2.


6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.


7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan darimendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni ak an dijangkiti pula.


8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.


9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)


10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh gorengsebarang benda pun.


Antara petua2 rawatan boleh dicuba :

1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan /
  kecutkan kayap tu dan seterusnya menyembuhkan
  penyakit kayap tu


2) Sapu dengan BEDAK SEJUK PENAWAR BENANG SILA.


3) Sapu dengan ubatan berasaskan alor vera


4) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka
ke bahagian kulit terkena kayap tu


5) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau
ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur . sapukan
dibahagian kulit terkena kayap.


6) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil
daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat
dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.


7) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu.


8) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima ,
Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas
di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan
bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu .


9) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.


10) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk

Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan berpandukan kepada ayat2 suci al-quran. 



Semasa sedang berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah 
agar sembuh cepat.

Apabila terjadi pada diri sendiri baru tahu bahawa apabila terkena penyakit Kayap ini rupanya tidak semudah yang di sangka. Semoga khaty cepat sembuh dari penyakit ini.

8 comments:

  1. salam kak, along mimin pernah kena. akak kena berubat secara tradisional. semoga cepat sembuh kak

    ReplyDelete
  2. Khatry kena elakkan dari makan benda2 gatal mcm jenis ikan or seafood, ayam pun tak bleh kan?

    ReplyDelete
  3. Sekarang ini macam mana keadaan Khaty? dah berapa hari dah kena kayap..bila baca pasal kayap ini risau plak..seram.

    ReplyDelete
  4. Salam Khaty, kene cuba cara tradisional... petuanya, sila cari janda yg berkahwin dengan teruna... minta kunyahkan sirih semburkan sirih pada tempat yg terkene kayap untuk kurangkan bisa. dan akan sembuh InsyaAllah.

    Kurangkan pengambilan makanan bermiyak ... selamat mencuba

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh kak khaty. Terima kasih kongsi pelbagai info mengenai kayap

    ReplyDelete
  6. macam2 jugak pantang larang dia ye..terima kasih sebab share <3

    ReplyDelete
  7. MOGA CEPAT SEMBUH PUAN KATHY. SAYA BAHARU MULA KENA NI 2 HARI MMG SAKIT JUMPA DAH DOKTOR MKN UBAT LOVIR.

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com