Destinasi bajet Semporna Dan Buhey - KhatyAiman KhatyAiman: Destinasi bajet Semporna Dan Buhey
Textual description of firstImageUrl

Destinasi bajet Semporna Dan Buhey

khatyaiman | 12/14/2015 04:31:00 pm | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t



Percutian bersama keluarga memang sangat membagiakan. Hendak pula kalau tempat percutian yang tenang, cantik dan paling penting anak-anak yang paling gembira. Apabila sudah mempunyai anak-anak, kebiasaannya apabila hendak membuat apa pun, kepentingan anak-anak paling di utamakan. Kalau anak-anak tidak selesa, sebagai ibu bapa juga turut menghadapi masalah yang sama.

Nak pergi bercuti di mana? Hendak yang tidak mahal dan anak-anak bebas untuk bergerak. Susah juga nak buat pilihan, tetapi dah ada kejutan untuk pergi bercuti. Jeng jeng jeng..

Pulau Sibuan Semporna dan Pulau Buhey yang menyempurnakan percutian.



Seawal pukul 7.00 pagi kami sekeluarga telah bersiap sedia untuk bertolak dari bandar tawau ke Pulau Semporna. Segala bekalan orang dewasa dan kanak-kanak telah di sediakan. Orang kata bawa bekal makan lagi puas. Senang dan tidak perlu bersusah payah mencari gerai makanan.

Menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk menyempurnakan percutian di Pulau Semporna dan Pulau Buhey.

Setelah bertemu di tempat yang di cadangkan, maka kami beramai ramai bergerak untuk menuju ke pulau Semporna. Perjalanan nya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sebelum ke Pulau Semporna, kami di bawa dahulu ke Pulau Buhey di mana perjalanan dari jeti ke Pulau Buhey lebih kurang 30 minit.

Untuk bayaran ke atas bot, seorang di kenakan sebanyak rm80.00, akan tetapi apabila anda pergi dengan bantuan pemandu pelancong, anda hanya perlu membayar RM60.00 untuk seorang. Berbaloi kan. Tetapi di apabila kita berada di kawasan kepulauan itu, pihak eco tourism di situ telah menetapkan syarat di mana setiap individu yang hendak memasuki pulau-pulau yang berada di sana, anda haruslah mendaftarkan diri anda di ECO TOURISM tersebut. Ini adalah bertujuan untuk memantau kegiatan keluar masuk di setia pulau tersebut.

Pihak tentera dan polis bertugas bagi mengawal keselamatan dan keadaan di Pulau Semporna dan Pulau Buhey.

 

Aktivit di Pulau Sibuan Semporna dan Pulau Buhey

Apabila anda sudah sampai ke Pulau Buhey, anda perlu mendaki bukit dalam 30 minit untuk mendapatkan pemandangan yang cantik. Kepada mereka yang sangat suka akan bidang fotografi, memang sesuai sangat untuk menangkap gambar yang cantik-cantik.

Di Pulau Buhey tidak banyak aktiviti yang dapat kita lakukan kerana di situ merupakan salah satu tempat di mana kita boleh melihat kima gergasi. Selain itu terdapat juga lokan,tapak sulaiman dan landak laut.

Sesudah habis mendaki, kami di bawa pula ke tempat yang di mana pelbagai aktivit yang boleh di lakukan bersama-sama. Pulau Sibuan Semporna.

Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti snorkling,bermandi manda serta bermain pasir yang halus mulus bersama anak-anak.



Waktu bermandi manda memang seronok sebab dengan keadaan air yang jernih, nampak kehidupan di dasar laut. Ikan berkejar-kejaran. Terasa mahu berendam lama di dalam air. Pasir putih tepi pantai,ombak saling berkejaran..riang nya kami seperti irama dan lirik lagu itu. Anak-anak paling seronok dapat main pasir yang sangat gebu dan putih. Iya lah kan, selalu terperuk di dalam rumah sahaja, bila dapat bebas memang riang gembira lah mereka.

Apa pun, rancang lah bajet anda untuk bercuti. Percutian ini sebenarnya adalah pengalaman percutian adik khaty dan khaty cuba menceritakannya di sini. Hati begitu terdesak untuk pergi, tetapi apakan daya apabila seluk saku, isi  masih di perlukan lagi untuk kegunaan lain. Bukan tidak bercuti, tetapi yang dekat di mata sahaja. InsyaAllah akan ku jejak kaki ke Pulau ini.
#gambar yang di ambil hanya menggunakan henfon sahaja,so kalau anda mempunyai kamera yang hebat, sudah pastinya gambar anda lebih cantik.Selamat bercuti semua

3 comments:

  1. menarik.. cantek tempat dia..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, cantiknya pemandangan Khaty..seronok bercuti kan bersama keluarga, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. memang cantik pulau ni...insyaallah nak jadikan juga destinasi idaman

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com