Alkisahnya malam tadi sebenarnya nak pergi perjumpaan bersama rukun tetangga di kawasan perumahan di mana tempat rumah yang kami beli. Dapat jemputan dari group whatsapp yang di tubuhkan oleh jawatankuasanya sendiri. Bagus juga aktiviti ini, dapat juga kenal-kenal orang di sekeliling kita. Fikir khaty la. Zaman sekarang kalau duduk di kawasan taman mana nak kenal sangat jiran tetangga. Kalau kawasan kampung lain la sebab memang kuat benar tali persaudaraanya.
Dah sampai ke tempat yang nak di tuju, tetiba suami tanya, mana tempat nya ayang oiii..hehehe..gelap ja. Rupa-rupanya ini aktiviti di buat di kawasan fasa 1, kami fasa 2, memang rasa segan sangatlah sebab jauh kawasan kejiranan yang hendak di kenali. Balik la kami tanpa arah tujuan. Suami cakap kalau fasa 2 ok la.
Anak -anak dah merungut lapar. Spontan ja teringat ada satu restoran ini yang memang ada di sekitar jalan pulang kami,maka kami pun berhentilah di restoran tersebut.
Sebenarnya ada satu tempat duduk di lereng bukit, kedai yang sama juga, tetapi terlupa nak ambil gambar. Sudah kami malas nak panjat tangga, so duduk di tempat biasalah.
Ada macam-macam menu kat restoran ini. Siapa suka steamboat dan grill, molek sangat dah tempat ini. Kalau tiba-tiba teringin nak makan nasi arab, pun ada juga. Western pun ada. Pesan saja nak makan apa, insyaAllah ada.
Semalam haikal rasa ralat sebab dia tak nampak teh tarik 3 layer itu, siap cakap ' mak nanti kita mai lagi na '...Tapi haikal cakap chicken chop terbaik.
Ini set steamboat yang khaty order. Mujur order 1 set saja, kalau tak memeng membazir la sebab memang cukup untuk makan 2 orang.
Air macam ada salah faham sikit, khaty minta air asam, dia buat air asam boi. Layan je la. Mujur sedap.
Makanan memang sedap. Khaty rasa tidak rugi untuk anda mencuba. Mana la tahu kalau anda lalu di sungai petani, nak cari tempat makan dengan harga yang berpatutan, boleh la singgah. Belek punya belek, restoran ini ada menyediakan dewan untuk di sewa, maksudnya kalau anda ada apa-apa majlis atau aktiviti yang di rasakan sesuai, boleh lah mencuba.
Address: 47, Jalan Lagenda 3, 08000, Kedah, MalaysiaPhone:+60 19-243 4888
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati.
nanti bila balik Sp boleh singah cuba selera. tq
ReplyDeleteTudia.. sedap ooi :D
ReplyDeleteIn sha Allah bila berkesmpatan ke sp nanti kami singgah.
ReplyDeleteSedapnya.. harga pun tak terlalu mahal....
ReplyDeleteTunggu Mak SA baik macam dulu..then baru nak bawak mak pi makan- makan..hari ni birthday mak..
ReplyDeleteWah tak perasan lak kat SP ada restoran ni..tq..nanti boleh cuba..
ReplyDelete