Tangisan air mata darah

Assalamualaikum w.b.t

 Hai semua. Agak pelik dan hairan apabila mendengar ada yang megalir air mata darah. Luka kah mata sehingga air mata yang mengalir itu menjadi darah. Takut nya. Pastinya tisu satu kotak tak cukup untuk mengesat air mata darah itu. Sudah lah tidak tahan dengan darah, kalau hari-hari menangis mengalir air mata darah, mahu pengsan di buatnya.
London : Pakar perubatan di Britain bingung dengan keadaan seorang gadis berusia 16 tahun yang sering mengalirkan air mata darah hampir setiap hari.
Lebih menghairankan lagi darah turut mengalir dari telinga, hidung dan kuku jari tangannya.
Marnie Harvie, 16, berkata, keadaan itu berlaku selepas mulutnya mengeluarkan darah akibat batuk yang teruk pada Februari 2013.
Sejak itu darah mula mengalir dari mata, hidung, telinga dan kuku jarinya hampir lima kali setiap hari.
“Apabila darah ini mengalir saya terpaksa mengelapnya dengan tisu dan ia biasanya berhenti sejam selepas itu,” katanya.
Semoga kesihatan wanita ini akan beransur pulih. Kita juga harus menjaga kesihatan untuk menghindari dari terjadi  perkara seperti ini

4 komen:

  1. takut dengar air mata berdarah ni hehe

    ReplyDelete
  2. kan elok kalau darah tu selamat untuk didermakan, tentu dia jadi penderma darah paling tegar... :)

    ReplyDelete
  3. takutla baca menda menda cam ni ek

    ReplyDelete