2016 - KhatyAiman KhatyAiman: 2016
Textual description of firstImageUrl

Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam

khatyaiman | 12/07/2016 10:00:00 am | 5 Komen

Air Tangan Tok : Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam

Assalamualaikum w.b.t

Betul la kata kiasan, tiada yang setanding sedap melainkan masak mak dan juga masakan tok-tok @ orang lama. Nampak simple sangat, tapi sangat sedap sehingga menjilat jari dan membuatkan anda akan menambahkan lagi selera tanpa di suruh. Masak lemak nangka muda bersama daun salam. Masa pergi umah tok minggu lalu, tengok-tengok tok dah siap masak lemak nangka muda bersama daun salam.
 
Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam
Textual description of firstImageUrl

Perancangan percutian bersama keluarga Sempena Promosi hujung Tahun Traveloka

khatyaiman | 11/15/2016 08:25:00 am | 7 Komen

Perancangan percutian bersama keluarga


Assalamualaikum w.b.t

Yeay..ayam goreng..eh tetiba nak fefeling upin ipin. Itulah persaaan kalau nak buat plan holiday bersama family. Nak pula kalau ada promosi hujung tahun kan. Ye la, anak-anak dah cuti sekolah, jadi boleh la rancang nak bercuti dengan gembira. Kemana kita ni???

Percutian Keluarga Sempena Promosi hujung Tahun Traveloka

Textual description of firstImageUrl

Lazada Online Revolution - Flash Sale & Kod Baucer Diskaun

khatyaiman | 11/11/2016 11:06:00 am | 0 Komen
Assalamualaikum

Berita baik buat kaki shopping online termasuk khaty.Online Revolution dapatkan kod baucer diskaun untuk potongan harga sehingga 95%. Wauuuu. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk shopping sempena online revolution. Banyak kedai kedai online akan terlibat mulai 11.11 hingga 12.12.2016

 http://ho.lazada.com.my/SHJMvK
Textual description of firstImageUrl

JUS QALBI AL-EHSAN JUS PEMBERSIH KOLESTEROL

khatyaiman | 11/07/2016 10:56:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini khaty ada terima parcel dari Jus Qlabi Al Ehsan. Bila buka ja parcel, memang bau herba sangat kuat. Jadinya khaty bagi dekat ayah khaty untuk cuba. Sebab khaty sedang mengandung dan masih alah, memang tak sesuai nak ambil jus qalbi ini.

JUS QALBI AL-EHSAN JUS PEMBERSIH KOLESTEROL

Textual description of firstImageUrl

Kari kepala ikan nyok

khatyaiman | 11/03/2016 11:47:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum
Agak lama tak main masak-masak kat dapur. Nak pula sekarang tak berapa nak sihat, alah masih belum habis. Minggu ni best sikit sebab husband pegi market cari lauk sama. Teringin nak makan ikan katanya.Selalunya pergi ngan anak-anak ja.
Dah dapat menu nak masak hari ni. Kari kepala ikan nyok. Yummy...
Textual description of firstImageUrl

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence and Olay Regenerist Micro Sculpting Cream

khatyaiman | 10/19/2016 01:14:00 pm | 3 Komen

Olay Miracle Duo - Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence and Olay Regenerist Micro Sculpting Cream

Hai semua. Bila bercakap mengenai produk yang digunakan oleh para wanita sekarang untuk menjaga kesihatan wajah, terlalu banyak nama-nama yang meniti di bibir masing-masing. Rasanya memang tak tersenarai nanti. Jadi meh khaty nak story sikit pasal suatu produk yang memang khaty guna sejak sekolah lagi. OLAY. Memang sudah ada pengguna tegarnya yang tersendiri. 

 http://ho.lazada.com.my/SHIPEt

Textual description of firstImageUrl

Safi Shayla Pek Fleksi

khatyaiman | 9/28/2016 09:39:00 am | 4 Komen

Inovasi Terkini Safi Shayla Pek Fleksi Yang Fleksibel.

Hai semua. Korang mesti ada favourite syampo kan. Meh sini khaty nak bagitau pasal satu syampo ni yang memang sesuai untuk wanita yang berhijab. Bukan syampo lain tak elok, tetapi syampo ini memang sangat sesuai lah. Safi shayla. Bukan jenama yang baru, tetapi dengan inovasi terkini, Safi shayla di datangkan dengan pek yang fleksibel. Semua orang mampu milik.

Inovasi Terkini Safi Shayla Pek Fleksi Yang Fleksibel.

Textual description of firstImageUrl

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

khatyaiman | 9/26/2016 05:27:00 pm | 0 Komen

8 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan  Honor 8

Hai semua. Huawei best wei. Siapa setuju cuba senyum. Jenama sedang meniti di setiap bibir rakyat jelata dan mungkin sekarang telah menjadi pilihan yang paling popular di kalangan pengguna telefon pintar.  Honor 8. Apa yang ada pada Huawei Honor 8. Best sangat kah? Adakah lebih hebat dari keluaran yang lepas? Urmm..mungkin siapa yang telah memiliki  Honor 8 sedang tersenyum gembira sekarang apabila sudah memiliknya.

 http://ho.lazada.com.my/SHHtRw

8 Sebab Kenapa anda perlu Beli  Honor 8

Sebenarnya apabila kita nak beli telefon pada zaman sekarang, selalunya perkara pertama yang akan di fokus adalah kamera. Semua orang sudah menjadi jurugambar yang terbaik. Tak percaya, cuba tengok galeri handfone masing-masing. Berapa banyak gambar yang anda simpan dan edit.

  http://ho.lazada.com.my/SHHyYi

Yang kedua, dah tengok kamera kena tengok la fungsi yang ada. Huawei Honor 8 mempunyai perlbagai kelebihan dalam kamera sahaja. Jika anda hendak ambil gambar secara berkumpulan yang besar, tiada masalah dengan penggunaan gambar jenis panorama. Macam kita gerakkan kamera untuk pastikan semua rakan-rakan masuk sekali dalam gambar tersebut. Menarik kan.

Yang ke tiga iaitu anda boleh ambik gambar dalam gelap. Selalunya dalam gelap memang nampak hitam saja, cuba anda ambil lampu suluh atau sebarang jenis yang boleh mengeluarkan cahaya, anda tukar kepada light painting, anda gerakkan cahaya tersebut menjadi suatu objek, dan anda tengok hasilnya. Mesti anda tidak percaya. 

Yang ke empat ambik gambar makanan supaya nampak lebih menyelerakan. Tak perlu edit banyak-banyak. Tak percaya? Cuba anda tukar kepada good food dekat kamera anda dan anda ambil gambar sebelum dan selepas tukar mood. Memang nampak sedap tau makanan tu.

 http://ho.lazada.com.my/SHHyYi
sebelum
 http://ho.lazada.com.my/SHHyYi
selepas
 http://ho.lazada.com.my/SHHyYi
sebelum
 http://ho.lazada.com.my/SHHyYi
selepas


Macam mana, cantikkan. Korang tak perlu nak buang masa nak edit banyak-banyak, tukar mood mesti lagi cepat kerja anda. Kalau anda yang ada bisnes makanan mesti kena tahu aplikasi yang telah di sediakan oleh  Honor 8 bagi memudahkan tugas anda dalam mengambil gambar.

Yang kelima, iaitu cara screen shoot yang pantas. Bagi khaty memang pantas sebab dengan menggunakan ketukan jari telunjuk, bukan hujung jari tapi lipat jari macam nak ketuk pintu, dan cuba ketuk 2 kali di skrin. Dah dapat hasil screen shoot. Lain dari yang lain kan?  Honor 8 kena buat macam tu, jimat masa kan? 

Yang ke enam, dengan menggunakan jari telunjuk seperti nak screen shoot, kali jangan ketuk, tapi lukis dengan jari telunjuk tadi mengikut gambar yang hendak di crop untuk di edit. Tak perlu nak tukar mood edit atau apa semua tu, setelah anda crop, semuanya telah tersedia untuk anda edit sahaja. Nak blurr kannya, nak padamkannya atau apa saja, semuanya ada. Ianya telah di bangunkan untuk memudahkan proses anda mengedit. Betul-betul jimat masa tau. 

Ke tujuh iaitu fungsi pengimbas cap jari yang di reka khas untuk keselamatan telefon pada masa kini. Sebelum ini kita hanya asyik letak pasword dan seangkatan dengannya, kan. Bukan sahaja berfungsi untuk keselamatan telefon, malah ianya mempunyai pelbagai fungsi macam boleh guna untuk ambil gambar selfie, nak tengok notification dan nak menggerakkan gambar yang sedang kita buka . Mudah kan. 

 http://ho.lazada.com.my/SHHyYi

Ke lapan iaitu kuasa bateri yang tahan lama. Rasanya semua orang suka kalau telefon yang kita guna memenag menjimatkan kuasa beteri. Tetapi harus di ingatkan, walaupun ianya dibekalkan dengan bateri berkapasi 3000mAH dengan sokongan Smart Power 4.0 Maximizes, jangan lupa ya untuk setting dahulu penggunan yang perlu sahaja bagi menjimatkan penggunaan bateri. Betul tak? Secara tidak langsung,kita membantu kuasa beteri kita lebih untuk bertahan lama.


 http://ho.lazada.com.my/SHHyYi



http://ho.lazada.com.my/SHHtRw
Terdapat 4 jenis warna yang boleh anda pilih. Pilihan khaty semestinya Gold. Dah la design dia cantik, kalau dapat memang betul-betul rezeki durian runtuh. Kan sama warna isi durian dan gold. Hehehe. Yang pastinya  Honor 8 ini juga mempunyai Huawei technologies Co, Ltd. Family phone pintar yang hebat pada masa kini. 

 http://ho.lazada.com.my/SHHtRw

Harga  Honor 8 bermula dari RM1699 dan setiap pembelian anda juga akan mendapat free gift seperti yang tertera.

Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!


Lazada Malaysia
Textual description of firstImageUrl

Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan

khatyaiman | 9/22/2016 10:52:00 am | 1 Komen

Negeri Che Siti Wan Kembang; Pengalaman Percutian yang Tidak Dapat Dilupakan

Kali ni, meh kita usha negeri-negeri di sebelah pantai timur pulak. Selalu ramai yang suka bercuti ke negeri melaka kan, kali ini ke sebelah pantai timur.Berbeza dengan negeri Pahang dan Terengganu yang femes dengan taman negara dan pulau-pulau, to be honest tu semua korang takkan jumpa kat negeri Kelantan ni. But that fact doesn’t mean that takde tempat menarik untuk dilawati kat sini. Ada baaaanyak lagi tempat best yang korang boleh discover.  Kat negeri ni ada banyak tempat-tempat bersejarah, pasar-pasar besar dan pantai-pantai yang mendamaikan jiwa, haha! Masa mula-mula plan nak ke sana dulu, khaty pun agak blur sebab tak tau apa aktiviti best yang boleh dibuat kat sana. So post kali ni akan membantu korang yang tengah blur, macam khaty dulu ;)
Textual description of firstImageUrl

Tempah banner Dengan Blogger Izzatie

khatyaiman | 8/17/2016 03:00:00 pm | 4 Komen

Tempah banner bizzshop dengan blogger Izzatisuhaide


Assalamualaikum w.b.t

Nak buat banner, tapi tak pandai. jadi kena lah cari orang-orang yang bijak pandai pasal buat banner. Mujur adik comel izzatisuhaide sudi buatkan. Khaty bukan seorang yang cerewet, betulkan zatie. Yang penting cantik dan kemas serta elok mata memandang memang dah puas hati.


 www.instagram.com/by_khaty9


Ini lah banner yang telah siap. Khaty ada buat beberapa bisnes, tetapi sebagai agen. Bisnes sendiri masih mendaki lagi, belum meluas lagi. Jadi penting nya banner bagi sesebuah perniagaan adalah supaya orang tahu apa yang sedang anda jual.

Sekarang memang ramai yang boleh buat banner yang cantik-cantik, ada yang murah dan ada yang mahal. Terpulang kepada anda untuk memilih. 

Terima kasih lagi sekali untuk adik comel izzatisuhaide. Ada rezeki boleh tempah banner lagi. 
Textual description of firstImageUrl

Kari kepala ikan Jenahak

khatyaiman | 8/09/2016 02:37:00 pm | 8 Komen

Hujung minggu memasak Kari Kepala Ikan Jenahak

Assalamualaikum w.b.t
Hujung minggu keniasannya kalau tak ada rancangan untuk aktiviti luar, masak memasak bersama keluarga biras adalah satu kemestian. Pantang jumpa mesti masak. Nak masak mesti kena jumpa dan berkumpul. Apa yang istimewa?? Kari kepala ikan jenahak. Beruntung dapat biras yang menjalankan perniagaan jualan barang basah. Ikan jenahak menjadi pilihan. Jadi, apa lagi, mari la memasak. 

Hujung minggu memasak Kari Kepala Ikan Jenahak
Textual description of firstImageUrl

Kuala Lumpur DahMakan

khatyaiman | 8/08/2016 02:52:00 pm | 1 Komen

Perkhidmatan Dah Makan Memudahkan Warga Kuala Lumpur Untuk Menikmati Menu yang Sedap.

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. Dah Makan?? Kalau belum jom kita cari makan. Mana nak cari makan Yang sedap-sedap tapi tak mau join jalan jem?? Ada cadangan?? Kepada warga kuala lumpur, anda mesti gembira apabila ada satu servise yang akan mengahantar Lunch @ Dinner kepada anda tanpa perlu memandu sendiri. Seronokkan. Pilih dan bayar pastinya anda akan membuatkan anda lebih seronok sebab hanya perlu tunggu pesanan sampai. 




Textual description of firstImageUrl

Doodle Fruit Games 2016

khatyaiman | 8/08/2016 08:26:00 am | 1 Komen
Assalamualiakum w.b.t
Hai semua. Comel ja tengok wajah google pagi ni. Biasalah hari minggu jarang buka internet.  Ada doodle fruit games tau yang comel ja. Rasanya tak bahaya kalau nak main sebab ianya lebih kepada sukan.

 https://g.co/doodle/cdzuyf

Textual description of firstImageUrl

Uji minda otak kiri

khatyaiman | 8/05/2016 09:37:00 am | 5 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Mari kita uji otak bahagian kiri kita sekejap.

Uji minda otak kiri

Selamat mencuba.
Textual description of firstImageUrl

Gambar sehebat pakar bersama Huawei P9

khatyaiman | 8/02/2016 04:49:00 pm | 6 Komen

Huawei P9 membuatkan gambar di ambil sehebat jurugambar profesional

Assalamualaikum w.b.t
Tetiba nak tulis pasal smartphone. Bukannya pakar, tetapi sebab ianya sesuatu yang hebat. Huawei P9, memang menarik tertarik deboom. Tengok iklan kat televisyen semalam pun dah tertarik. Tak mampu lagi, jadi setialah dengan Honor 4 dulu. 

Huawei P9 membuatkan gambar di ambil sehebat jurugambar profesional

Textual description of firstImageUrl

Durian murah air terjun sedim

khatyaiman | 8/01/2016 04:13:00 pm | 5 Komen

Durian murah dan sedap dari kampung sedim

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Bahagianya rasa dapat makan durian dari sedim dengan puas sangat. Kali ke 3 baru bertemu jodoh durian sedim. Orang kata durian yang mai dari kawasan air terjun memang sedap sangat. Memang khaty setuju 100%. TERBAIK.

Textual description of firstImageUrl

Product Review for Mamypoko Pants

khatyaiman | 7/23/2016 08:00:00 am | 2 Komen

Product Review for Mamypoko Pants 

Pihak Lazada malaysia akan mengadakan Online Baby Fair pada 27-31st july 2016 ini. Jadi kepada ibu-ibu di luar sana boleh la bersiap sedia untuk melihat di laman web lazada untuk menyambar apa yang patut. Rambang mata tau kalau melibatkan barang anak-anak. Nak cari pampers juga ada diantaranya mamypoko pants,  dan macam-macam lagi




Textual description of firstImageUrl

Minyak Herba Penawar Asma Dan Lelah

khatyaiman | 7/21/2016 10:15:00 am | 3 Komen

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Penyakit Lelah, Asma , Penat Dan Batuk

Assalamualaikum w.b.t

Penyakit asma, lelah dan penat sebenarnya nampak seperti sama sebab ianya merupakan suatu keadaan di mana kita sukar untuk bernafas secara normal. Seolah-olah ada suatu bebanan menghimpit bahagian dada kita. Bermula dari batuk sehinggalah sukar bernafas, sehingga terpaksa untuk dapat kan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Bukan mudah untuk mengubati penyakit asma, lelah dan penat ini. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan, samada moden ataupun tradisional. Kedua-duanya kalau di buat secara elok, insyaAllah, pasti akan menemui penawarnya.
 https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma/



Textual description of firstImageUrl

Projek Memikat Suami Dengan Baju Tidur Seksi

khatyaiman | 6/28/2016 08:00:00 am | 4 Komen

Projek Memikat Suami Dengan Baju Tidur Seksi 

Drama sangat tajuk. Projek memikat suami dengan baju tidur seksi. Bukan kena jaga perutnya kah?? Dah masuk alam rumahtangga, macam-macam kena fikir, hendak jaga anak,suami dan paling penting diri sendiri. Dah ada idea kah untuk memikat para suami anda dengan baju tidur seksi?? malu nak cari.. Tidak mengapa, khaty boleh bagi tips macam mana nak cari baju tidur seksi tanpa segan. 

Projek Memikat Suami Dengan Baju Tidur Seksi plus saiz Baju tidur pengantin baju tidur seksi murah malam pertama

Textual description of firstImageUrl

Sakit Belakang Lega Dengan Biobax Cool Teraphy

khatyaiman | 6/27/2016 08:59:00 am | 1 Komen

Sakit Belakang Lega Dengan Biobax Cool Teraphy

Hai semua. Pernah tak dengar pasal Biobax Cool Teraphy??. Apa kaitannya dengan aktiviti harian kita?? Bagus sangat kah Biobax Cool Teraphy ini seperti yang di perkatakan oleh sebahagian penggunanya?? Ataupun hanya ayat untuk melariskan produk Biobax Cool Teraphy??? Apa pun,jangan buat andaian tanpa usul periksa. Mai kita tengok apa yang di katakan dengan Biobax Cool Teraphy

Sakit Belakang Lega Dengan Biobax Cool Teraphy Kelebihan Kegunaan Kandungan

Textual description of firstImageUrl

Dato Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan - Lagu Baru Raya 2016

khatyaiman | 6/15/2016 09:19:00 am | 2 Komen

Lirik Lagu Baru 2016 Dato Siti Nurhaliza Hari Kemenangan

Assalamualaikum w.b.t

Siapa tidak kenal akan penyanyi tersohor di malaysia dan serata alam iaitu Dato Siti Nurhaliza. Apabila tiba di pertengahan bulan ramadhan, akan kedengaran lagu -lagu raya yang di nyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza dan juga artis-artis yang lain. Pada tahun ini, Dato Siti Nurhaliza telah merakamkan lagu raya baru buat kita semua. Lagu Baru 2016 Dato Siti Nurhaliza Hari Kemenangan sudah mula boleh di dengari di youtube. Walaupun belum siap sepenuhnya buat masa sekarang, tetapi sedap ja dengar.
-Segak bergaya di hari lebaran bersama Busana Exclusive Khalifah Brand
Dato Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan - Lagu Baru Raya 2016 lirik

Textual description of firstImageUrl

Busana Khalifah Exclusive Brand

khatyaiman | 6/10/2016 09:00:00 am | 1 Komen

Jubah & Kurta Khalifah Exclusive Brand

Assalamualaikum w.b.t

Mencari jubah dan kurta yang boleh di sesuaikan dengan semua majlis,memudahkan apabila hendak berwuduk dan mematuhi syariat islam? Mencari jubah dan kurta yang mempunyai kualiti kain yang elok dan harga yang berpatutan? Kini anda tidak perlu risau lagi kerana, Khalifah Brand Exclusive telah mengeluarkan jubah dan kurta yang dangat cantik dan kualiti kainnya sangat elok serta harganya sangat berpatutan. Tidak percaya??

Busana Khalifah Exclusive Brand jubah kurta islam

Textual description of firstImageUrl

Panduan Minum Air 3 Liter Di Bulan Puasa

khatyaiman | 6/04/2016 10:00:00 am | 3 Komen

Tips Minum Air Dibulan Puasa ( 3 Liter )

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa macam mana hendak cukup minum air 3 liter dalam badan. Perlukah sampai kena buka puasa? Ada panduan atau tips tak mengenai pengambilan air 3 liter di bulan puasa? Khaty ada terjumpa tips atau panduan minum air 3 liter di bulan puasa tanpa menggangu ibadah puasa kita.

tips panduan minum air 3 liter di bulan puasa jom kurus

Sebenarnya bagi mereka yang memang serius hendak turunkan berat badan memang perkara yang wajib di patuhi adalah pengambilan air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan juga juga lebih bagi mengikut kesesuaian badan masing-masing. khaty bukan lah pakar sangat, tetapi ambil tahu juga sebab khaty juga salah seorang dalam golongan yang berat badan harus di kurang kan juga.

Tips atau panduan minum air 3 liter di bulan puasa

  1. Ambil 2 gelas air selepas bangun tidur -->Sememang nya tabiat ini memang bagus walaupun kita tidak menempuh bulan puasa, memang di amalkan setiap hari lagi bagus kerana air kosong yang memasuki perut kita akan mencuci segala kotoran yang ada di dalam perut kita tanpa bahan pengawet.
  2. Ambil 2 gelas air selepas bersahur --> Ini adalah bantuan kepada kita untuk membantu badan kekal sihat dan cergas sewaktu menjalani ibadah puasa di siang hari. Boleh ja tambah hirisan lemon untuk air lebih sedap.
  3. Ambil 2 gelas air selepas azan maghrib --> Waktu berbuka jangan sesekali melengahkannya. Selepas makan kurma, minum air putih secara perlahan-lahan. Tahan nafsu ya apabila waktu berbuka. Kata nak kurus kan??
  4. Ambil 1 gelas sebelum dan selepas solat maghrib
  5. Ambil 2 gelas sebelum dan selepas solat isya'
  6. Ambil 2 gelas selepas solat terawih
  7. Ambil 2 gelas sebelum waktu tidur --> minum air sebelum tidur bagus tau untuk proses penyejukan bada, bukan sejuk macam ais, tetapi kita akan rasa selesa sebab air yang cukup akan memberi aura dan tenaga yang bagus untuk badan kita berfungsi.

Nampak tak macam mana kita boleh cukup minum air walaupun dalam bulan puasa. Tetapi boleh kah kita melakukannya?? Mesti ada yang muntah kalau baru nak cuba, jangan kata anda, khaty sendiri juga akan muntah. Minum air putih banyak sangat dalam jangka masa yang pendek memang membuatkan kita loya. Tetapi kita juga kena kreatif dan bijak untuk tambah sedikit hirisan lemon atau pun madu biar air itu bau nya sedap dan memang akan menarik kita untuk meminumnya.

Tidak cuba anda tidak tahu. 

Kurus sebelum raya dengan  Skinny teas bymyna 
Cantik semasa raya dengan  Vitcfacemist bymyna
Textual description of firstImageUrl

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

khatyaiman | 5/19/2016 03:26:00 pm | 2 Komen

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Assalamualaikum w.b.t. Siapa tidak suka akan sotong dan udang masak kunyit. Masak apa sekalipun, kalau dah namanya sotong  dan udang mesti sedap. Susahkah nak buat sotong dan udang masak kunyit.?? Mudah saja. Hendak lagi mudah order sahaja dekat kedai makan. Gurau saja ya.

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Resepi sotong dan udang masak kunyit ini sangat senang kerana masak pun dah lewat malam. Maklumlah, hujan turun perut pun lapar. Tidak sampai 10 minit hidangan sotong masak kunyit ini siap. Pantas tak, ke ada lagi yang pantas dari khaty.

Bahan-bahan sotong dan udang masak kunyit

3-4 ekor sotong
5-6 ekor udang
6-8 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1-2 sudu serbuk kunyit
garam
minyak

Cara-cara memasak sotong dan udang masak kunyit

  1. potong kecil-kecil sotong
  2. potong bawang dan cili padi halus-halus
  3. panaskan minyak
  4. tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi
  5. masukkan kunyit dan juga juga secukup rasa
  6. masukkan sotong dan udang,kemudian masak seketika. Jangan terlalu lama kerana jika terlalu lama manis sotong dan udang akan hilang
  7. Tutup api dan siap untuk di hidang

Nampak tak betapa senangnya resepi sotong dan udang masak kunyit ini dimasak. Kena kreatif dan yang paling penting rajin. Resepi sotong dan udang masak kunyit ini jika anda mahu ubah ke lauk yang lain juga boleh, tapi jangan lah pula masak daging jika anda sudah lapar seperti harimau, nanti tertidur tunggu daging masak. Perumpamaan sahaja.

Selamat mencuba.

Textual description of firstImageUrl

Shawl labuh Shiffon Exclusive By Papaglamz

khatyaiman | 5/13/2016 11:00:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-
Textual description of firstImageUrl

4 Jenis Posisi Tidur Wanita Yang Perlu Anda Tahu

khatyaiman | 4/28/2016 10:19:00 am | 3 Komen

4 Jenis Posisi Tidur Wanita Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Semalam tidur nyenyak kah? Atau selepas bangun tidur ada rasa seperti lenguh-lenguh sendi. mungkin posisi tidur memainkan peranan semasa kita sedang tidur. mungkin anda tahu dan tidak tahu bahawa setiap posisi tidur kita mempunyai makna yang tersendiri. Khas nya buat wanita kerana khaty terjumpa 4 jenis posisi tidur wanita yang perlu anda tahu. Siapa yang perlu tahu. Kita lah sebagai wanita dan juga para suami.
4 Jenis Posisi Tidur Wanita Yang Perlu Anda Tahu

Textual description of firstImageUrl

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

khatyaiman | 4/20/2016 01:17:00 pm | 0 Komen

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist Best regards, Izzati Suhaide Malaysian Lifestyle Blogger izatie91.blogspot.my
Textual description of firstImageUrl

Astro Oasis : Bakat Tahfiz Muda Menghafaz Al-Quran

khatyaiman | 4/19/2016 04:43:00 pm | 0 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Astro Oasis : Bakat Tahfiz Muda Menghafaz Al-Quran

Textual description of firstImageUrl

Menjamu selera dalam sungai

khatyaiman | 4/18/2016 08:09:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Menjamu selera dalam sungai

Textual description of firstImageUrl

Setahun Menunggu Penjaga

khatyaiman | 4/07/2016 11:58:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t



Textual description of firstImageUrl

Tuah Nama Anak Panda

khatyaiman | 4/06/2016 08:16:00 am | 6 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Tuah Nama Anak Panda

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com