2 Resepi Kunci Kejayaan Yang Patut Anda Tahu - KhatyAiman KhatyAiman: 2 Resepi Kunci Kejayaan Yang Patut Anda Tahu
Textual description of firstImageUrl

2 Resepi Kunci Kejayaan Yang Patut Anda Tahu

khatyaiman | 1/07/2016 08:29:00 am | 5 Komen
Assalamualaikum w.b.t

 Hai semua. Siapa yang tidak mahu akan kejayaan. Semua orang mahu berjaya. Dari sekecil-kecil bayi sehingga kita berumur, semuanya mahukan kejayaan. Bayi yang setelah di lahirkan hanya mampu merengek untuk dapatkan perhatian ibunya, apatah lagi orang dewasa yang bijak pandai untuk berfikir dan bertindak bagi menjayakan dan merialisasikan impian nya.

Rahsia Kunci Kejayaan


Setiap individu mempunya rahsia atau cara nya yang tersendiri untuk berjaya. Tiada jalan mudah dan pintas untuk berjaya. Dan selalunya jika usaha yang dilakukan itu mencapai kejayaan yang di ingin, pastinya senyuman dan kegembiraan akan terukir di raut wajah anda semua.

Setiap orang ada agamanya, kepercayaan dan doanya. Bagi kita yang bergelar sebagai muslimin dan muslimat, ada 2 resepi atau kunci kejayaan yang tidak harus kita lupakan. Jika kita mengamalkan 2 perkara ini, insyaAllah kejayaan dan rezeki anda akan dilipat kali gandakan dengan hati yang sangat lapang dan gembira.

Khasiat solat sunat hajat dan dhuha

Pertama sekali, lakukan kan lah solat sunat hajat. Kita semua tahu makna akan solat sunat hajat ini. Setelah selesai solat, kita minta lah sebesar-besar perkara yang di hajati kepada Allah s.w.t dengan penuh ikhlas. InsyaAllah pasti di makbulkan. 

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Kedua lakukan kan lah solat sunat dhuha juga.

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) credit shafiqolbu.wordpress.com

*jangan tinggalkan solat 5 waktu yang wajib, solat sunat sebagai tambahan untuk menambahkan lagi pahala dan kajayaan.

Dapat di lihat juga akan kejayaan usahawan terkenal seperti Dato Vida di mana beliau mendedahkan rahsia terbesar kejayaan beliau juga adalah dengan mengamalakan solat sunat hajat dan dhuha setiap hari. 


Disamping menceritakan pengalamanya yang sejak kecil sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan harian, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida  telah berkongsikan salah satu kejayaannya dipetik laporan Harian Metro.

 “Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.

Menurut Datuk Vida, amalan berkenaan telah diamalkannya sejak kecil lagi selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa disamping sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.
Apapun yang hendak kita lakukan, lakukan ia dengan secara konsisten ataupun berterusan. Jangan pula seperti hangat-hangat tahi ayam. Orang kata ikut mood. Bagaimana hendak berjaya kalau begitu kan.. Senoga anda semua akan mencapai kejayaan yang di ingin.

5 comments:

  1. subhanallah, memang kagum dia buat hajat 10x sehari tu. kena tiru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda yang baik harus kita ikut..hehehe

      Delete
  2. Saya bukan mempertikaikan sesiapa, tetapi saya ingin berkongsi pandangan tuan mengenai petikan berikut:

    Selain umat muslim diwajibkan untuk menjalankan solat lima waktu, ternyata ada lima waktu juga yang dimakruhkan (walaupun menghampiri haram) untuk melaksanakan solat. Sebenarnya ada dua pendapat mengenai hukum lima waktu yang tidak dibenarkan untuk menjalankan solat ini. Iaitu Makruh-Tahrim (makruh yang mendekati haram) dan Makruh-Tanzih (suatu perbuatan yang apabila dilakukan akan mendatangkan murka Allah / pekerjaan yang sangat dibenci Allah سبحانه وتعالى).
    .
    Perkara ini ada disebutkan di dalam hadis :
    عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
    Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya setiap ilmu yang di kongsi memberi manfaat kepada pembaca.. Terima kasih Blog Juga kerana sudi berkongsi pendapat.

      Delete
  3. Dapatkan blouse cantik seperti Baju menyusu selak dan Nursing blouse muslimah di ZOFFYA. blouse labuh ini mempunyai design yang simple sesuai dipikai dimana sahaja.

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com