Assalamualaikum w.b.t
Sempena cuti Sultan Kedah yang lalu, walaupun tiada kena mengena dengan yang cuti sabtu ahad, tetapi anak-anak khaty yang cuti sebenarnya, kami telah membuat satu aktiviti yang telah setahun kami tinggal, iaitu memancing di parit bendang ataupun bahasa kampung redang.
Sebelum pergi memancing, kena makan bagi kenyang-kenyang dahulu, ye la nanti di redang mana nak cari makanan. Ada pokok-pokok sahaja.
Ini yang sempat kami masak. Terbaik lah dari dapur masterchef khaty..hehehe..Layan sampai kenyang. Masak yang senang dan ringkas begini memang menjadi habuan untuk bertambah-tambah nasi. Habislah diet ku..
Ini adalah box kail atau joran kampung yang e.suami dah buat. Mujur dia pandai, kalau nak harapkan khaty memang satu apa pun tak jadi. Dah siap-siap ikan mata kail semua, siap sedia pula untuk memancing.
Tangkapan setelah 2 jam memancing. Ikan puyu sebesar 3 jari yang naik dahulu. Anak-anak sudah bosan tahap roket naik ke bulan, jadi dia orang balik dulu. Ikan tak mau timbul la pula, kebetulan air di parit agak penuh.
Akhirnya setengah jam sebelum pulang, tewas juga ikan keli di tangan e.suami. Memang berbaloi, mujur masuk percuma. Tetapi memang lenguh-lenguh satu badan sebab tunggu ikan nak makan umpan. Berasa macam serik dah tidak mahu ikut, tapi bila di ajak memang laju ja naik moto.
Kepuasan apabila keli melekat di joran memang tidak terkata. Hanya kaki pancing sahaja yang faham bagaimana untuk menangani masalah masa untuk bersabar dalam memancing.
*kalau tak nak memancing boleh je pergi market beli terus
*tetapi ianya adalah suattu aktiviti yang sihat.
Kalau saya teman en. hb memancing.. bawak novel 2 3 buah sesiap.. sekadar teman bolehlah tapi nak join sekali memang taklah.. sebab tu kalau pergi memancing, hb lebih suka bawak anak2.. hehehe..
ReplyDelete