
Semakin hampir ke tarikh yang telah di tetapkan. Pada tahun ini Anugerah Juara Lagu ke 30 bakal memberi kejutan dan persembahan yang amat di nanti-nantikan. Mana tidaknya, ramai yang pernah memenangi juara lagu akan membuat persembahan pada malam tersebut. Tak sabar nak tengok.
Setiap tahun ada kelainan yang di tonjolkan oleh pihak AJL bagi memastikan penonton sentiasa terhibur dengan apa yang di persembahkan.
Selain dari debar menanti keputusan AJL 30 nanti, ada juga satu slot yang baru di perkenalkan sempena AJL 30 iaitu #karokAJL di instagram. Anda hanya perlu taip #karokAJL, akan kelihatan para peserta yang terlibat menyanyikan lagu yang pernah dipertandingkan dalam AJL di akaun Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #KarokAJL dan #AJL30.
Antara pencetus awal ‘demam’ itu adalah selebriti media sosial terkenal, Faizdickie yang mengajak orang ramai dan selebriti mendominasikan rakan mereka bagi menyertai cabaran itu.
Sehingga kini, hampir 1,000 video dimuat naik dengan hashtag berkenaan selain ramai selebriti terkenal tanah air turut menyahut cabaran sesama rakan artis.
Antaranya ialah Nadzmi Adhwa, Mia Ahmad, Amar Baharin, Amyra Rosli, Syarul Ridzwan, Janna Nick, Dayang Nurfaizah, Sandra, Anis Al Idrus, Syuhada, Ayda Jebat, Hafreez Adam, Drama Band dan Tasha Manshahar.
Nama pemenang diumumkan di media sosial @tv3malaysia pada 25 Januari ini dan layak membawa pulang wang yang dijanjikan.
Senarai Penuh 12 Lagu Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu AJL 30
Sampai Mati (Hazama)
Potret (Akim & The Majistret)
Assalamualaikum (Faizal Tahir)
Biarkanlah (Drama Band)
Hanya Namamu (Caliph Buskers)
Knock Knock (Elizabeth Tan)
Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
Angin Kencang (Noh Salleh)
Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff)
Mana Mungkin (Black)
Not For Sale (Stacy)
Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)
Bersiaran secara langsung di TV3, acara berprestij ini diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad ini, jam 9 malam. Selamat menonton.
good luck pada semua peserta
ReplyDeletewww.azlindaalin.com
nak hazama menang ! :)
ReplyDeletetak sempat nak tengok.
ReplyDeleteakim gak yang menang.
hoho