Hasilkan sabun lemak buat bekas kekasih - KhatyAiman KhatyAiman: Hasilkan sabun lemak buat bekas kekasih
Textual description of firstImageUrl

Hasilkan sabun lemak buat bekas kekasih

khatyaiman | 1/13/2016 07:49:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t


'Kerana kau gemuk aku tinggalkan kan kau'. Ayat keramat ini kalau kena kat sesiapa sekalipun, memang akan mengahantui kehidupannya. Ada juga yang terus menyerah kalah dengan ayat itu dan pasrah sahaja. Ada  juga yang berdendam. Ada yang menjadikannya sebagai satu cabaran dalam hidupnya untk membuktikan kepada bekas pasanganya bahawa dia juga boleh kelihatan cantik dan segak seperti orang lain.


Tetapi yang ini memang betul-betul luar biasa, bayangkan dia boleh hasilkan sabun dari lemaknya sendiri. Dia juga bercadang untuk menghantar sabun itu kepada bekas kekasihnya.Haih..macam-macam..
Zhengzhou (China): Terdapat pelbagai cara untuk membalas dendam ke atas bekas kekasih.
Bagaimanapun, seorang gadis di sini memilih cara unik untuk melakukannya.
Wanita yang berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu memuat naik gambarnya memegang sebuku sabun yang dibuat daripada lemaknya ke Internet. Dia bercadang menghantar sabun itu kepada bekas teman lelakinya.
Dia sebelum ini ditinggalkan lelakinya itu kerana dikatakan gemuk, lapor People’s Daily Online.
Dengan nama samaran ‘Xiao Xiao suka kecantikan dan makanan’, gadis itu mendakwa menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat dengan menjalani penyedutan lemak selepas ditingggalkan. metro
Ada duit macam-macam boleh buat.
Luahkan apa saja, yang penting enjoy.

1 comment:

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com