Assalamualaikum w.b.t

Alangkah bahagianya apabila seseorang itu hendak melangkah ke alam perkahwinan. Patinya banyak perkara yang perlu di lakukan untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar serta budget yang di senaraikan tidak melebihi peruntukkan. Khaty terjumpa satu cara yang paling khaty rasa akan membuatkan ramai bakal para pengantin tersenyum, mungkin anda sudah mengetahuinya, tetapi bagi khaty ia baru di lihat di media sosial. Pilihan yang bijak akan menguntungkan anda. Tengoklah sendiri bagaimana kertas tisu di susun susun hingga menjadi pelamin yang cantik. Tidak ku sangka ianya hanya menggunakan tisu sahaja. Sesiapa sahaja boleh mencuba.
Biasanya dawai mata punai diguna untuk buat reban haiwan ternakan. Vv
beli segulung terus sebab bakinya boleh buat pagar untuk tanaman sayur
mama kami. Sesetengah kedai ada jual per meter, harga lebih kurang
RM5/meter. Potong tiga bahagian, setiap bahagian selebar 7 kaki.
Cantumkan setiap bahagian menggunakan dawai/tali. Anggaran saiz 6 kaki x
7 kaki.
Setelah susun tisu, poncotkan dibahagian tengah. Sumbat bahagian yang
diponcot tadi pada lubang dawai mata punai. Kiraan jarak adalah sejauh 5
lubang (melintang) x 3 lubang (menegak). Boleh ubah suai jarak mengikut
rimbunan tisu yang anda mahukan.
Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan dinding tisu sekitar dua
jam, jika buat tiga orang, sambil bergurau dan bergosip. Hehehee. Vv
bahagikan tugas (a) seorang menyusun tisu (b) dua orang memoncot dan
menyumbat tisu ke lubang dawai.
Pelamin siap tengah malam diiringi bunyi mercun sana sini. . Nervous tunggu hari esok, hari menjadi
isteri/suami kepada seseorang.
Saiz pelamin (dalam gambar) adalah 3 meter x 4 meter
Pelamin DIY guna tisu sangat jimat dan sedap mata memandang. Bajet yang
diperlukan sekitar RM200 termasuk sewa kerusi. Dah siap majlis, guna
semula langsir buat alas meja, sarung bantal dan lain-lain. Bunga hiasan
boleh guna semula untuk dekorasi ruangan dalam rumah. Tisu tadi pula
kumpulkan letak dalam kotak, boleh guna semula lepas orang sudah makan.
Pakai sampai habis. Hehehee
Kepada yang nak kahwin, tetapi nak buat pelamin cantik-cantik, boleh la buat macam ini. Baca lagi di sini
Cantik..tp SA x kreatif nak buat pelamin DIY...hehehhehehe
ReplyDeleteperghhhhh cantikkknyaa..
ReplyDeletecantik kan khaty
ReplyDeleteMemang jimat.... Sy dulu pun jimat gak... Sebab takde pelamin... Hehe
ReplyDeleteOh begitu rupanya ..tak sangka :)
ReplyDelete