SHAWL, BAWAL, JUBAH DAN LANGSIR BY KHAT-T PROJECT 2015 - KhatyAiman KhatyAiman: SHAWL, BAWAL, JUBAH DAN LANGSIR BY KHAT-T PROJECT 2015
Textual description of firstImageUrl

SHAWL, BAWAL, JUBAH DAN LANGSIR BY KHAT-T PROJECT 2015

khatyaiman | 1/06/2016 02:08:00 pm | 9 Komen
Assalamualaikum w.b.t


Hai semua. Sudah agak lama khaty tidak mengupdate projek by KHAT-T..Sebenarnya memang pesanan sentiasa ada cumanya ada pasang surut. Adat la bila berniaga kecil-kecilan pastinya permintaan terhad. Tetapi itu perkara biasa kerana ianya hanya lah merupakan salah satu pendapatan sampingan yang di buat bersantai sahaja.

Tahun 2015 memang macam-macam khaty buat, dari baju sehinggalah ke langsir. Semua buat. Kalau dah mula menjahit memang tak boleh nak berhenti. 

Sempena hujung tahun yang memang banyak promosi yang berlangsung, khaty juga telah mengambil kesempatan yang ada untuk terlibat sekali mencari kain yang memang nak teringin sangat-sangat. Bagai memanggil-manggil sahaja. 

Pastinya ramai yang menyerbu gedung terkenal pakaian JAKEL pada akhir tahun lepas. Pelbagai jenis kain yang memang membuat ramai yang rambang mata. Jadi penutupan akhir tahun projek BY KHAT-T adalah menyiapkan pesanan shawl dari beberapa orang yang telah sudi mengulang pesanan.



Biasalah pada akhir-akhir masa memang tiada banyak pilihan yang ada. Sempat tangkap beberapa warna sahaja dan pastinya warna yang di tempah ada. Memang sangat murah. Kebiasaanya kain shiffon high quality memang ada yang mahal dan murah, hendak pula di tambah dengan taburan glitter yang tidak berapa ketara. Dari Rm25.90 semeter kepada RM7.90 semeter. Siapa yang tidak mahu kan.

Ini hasilnya apabila sudah siap. Kena pandai main warna benang tepi sedikit untuk membuatkan tudung itu nampak lagi bangkit warnanya.



Tudia model yang tidak diiktiraf kelayakannya. Selesa pakai dan memang berbaloi. Kalau nak order yang jenis shiffon glitter ini memang agak mahal harganya. So alang-alang dah dapat kain yang murah, khaty buatlah.





Khaty juga telah berjaya menyiapkan shawl untuk kumpulan nasyid kami pada tahun yang lalu. Tetapi kain agak kurang selesa sebab macam tebal sikit dan agak kaku sedikit. Bukan semua orang selesa dengan jenis kain shiffon creepe.



Khaty juga menyiapkan shawl dan tudung bawal buat jabatan semasa menyertai perarakan Maulidurrasul pada hujung tahun yang lalu.

Pendek kata jika anda suka dengan kerja yang anda buat, pastinya senyuman yang akan sentiasa berada bersama anda. Mereka gembira khaty juga gembira.

Projek 2016 masih kabur sebab tahun ini jadual dah macam penuh dengan aktiviti kelab. Jadi kena tengok pada keadaan masa dan kesihatan. Kepada yang pernah tempah  dengan khaty, semoga anda gembira dan puas hati dengan hasil kerja khaty. Kalau ada yang order juga di alu-alukan.

9 comments:

  1. Eh lawa nya... elok je terletak :D

    ReplyDelete
  2. rajinnya khaty.. nak tempah baju kurung boleh?

    ReplyDelete
  3. Menarik.
    Untung orang pandai jahit shawl pun jahit sendiri aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..Mrs A kalau nak tempah pun boleh juga..hehehe

      Delete
  4. Kak. Kalau saya nak tempah baju akak blh jahit manik sekali ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. whatsapp ja 0136801579..nanti boleh runding

      Delete
  5. Kak. Kalau saya nak tempah baju akak blh jahit manik sekali ker?

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com