
#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat
PENJUAL SURAT KHABAR
Satu perkongsian:
SANG TELADAN ITU
SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR
==================
Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.
Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.
+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan
Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.
Aku termenung ... tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian stlh ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang?, ... Risau rumahku akan terendam banjir?...Bimbang tidak dapatt hadir andai ada jemputan kenduri? .. Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? ...
Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga ...
MasyaAllah ....
Subhanallah ...
Allahu Akbar ....

Mencintai Atau Di Cintai
Assalamualaikum w.b.t
'Tiada kata secantik bahasa,dirimu yang selalu kupuja...'
Bukan Mudah untuk bercinta,apatah lagi untuk di cintai nya. Akan tetapi jika anda memiliki keduanya,pastinya anda menjadi orang yang sangat bertuah di alam semesta ini.
Perlukah mempertahankan cinta jika ianya dihalang Dan di landa pelbagai onak dan duri???Berbaloikah pengorbanan anda untuk bersama orang yang di cintai? Tetapi kalau tidak berusaha di mana nak datang nya cinta. Cinta bukan datang bergolek seperti bola atau seperti memetik jari,cinta harus dicari dan kadang-kadang menjadi bahan uji kaji untuk kita dapatkan yang terbaik di dalam yang terbaik.Mampukah anda mencari cinta seperti Uda Dan Dara,Laila Dan Majnun atau Romeo & Juliet???
Tips mencari cinta..
1. Buka hati
Kalau anda ingin mencari cinta,tetapi hati anda tidak ikhlas dan terbuka,bagaimana anda Hendak tahu cinta itu hadir. Nanti terlepas alangkah ruginya anda.
2. Bertolak ansur
Dalam perhubungan APA sekalipun, bersikap tolak ansur adalah kunci yang terbaik untuk ianya berjalan seiring Dan sejalan. Jahat tidak semestinya buruk. Buruk tidak semestinya nakal. Nakal tidak semestinya tidak baik. Semoga yang baik akan terus mengekalkannya hingga ke akhir hayat.
3. Berilmu
Jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu,bagaimana dia Hendak memulakan pencarian cintanya. Pencarian cinta akan membuatkan ilmu cinta anda naik ke tahap PHD. Betul atau tidak??? Cuba bercinta dan Lihat kata madah pujangga yang anda hasilkan untuk orang yang tersayang. Pastinya ia akan menjadi novel yang jika di kenang kembali akan membuahkan ukiran senyuman yang sangat bermakna.
4. Sihat
Pastikan anda menjaga kesihatan yang baik untuk cinya yang anda impikan. Tetapi kalau tidak sihat kan , boleh juga bermanja dengan orang di cintai. Cukup sekadar berbual di telefon sahaja akan membuatkan diri anda seperti ada aliran elektrik yang tiba-tiba sahaja boleh sihat.Lihat kuasa cinta.
5. Redha
Setiap usaha pastinya ada lulus Dan gagal. Jangan terus berputus ada jika anda gagal,mungkin ada yang lebih baik menanti anda untuk cinta itu bersatu. Patah tumbuh hilang berganti tidak bermaksud kita ini bersikap tamak,apabila gagal terus mencari yang lain.Kadang-kadang ianya hadir tanpa diduga. Jadi jangan salahkan keadaan, perancangan Allah s.w.t tiada siapa yang tahu.
6. Tawakkal dan berdoa
Sebenarnya walau APA pun agama anda, pastinya anda akan sentiasa berdoa supaya cinta itu akan hadir dan sentiasa melekat dengan anda. Sebagai orang Islam juga,jika kita sentiasa meletakkan cinta kepada Allah s.w.t yang paling utama,pastinya usaha anda dalam mencari cinta akan di makbulkan.
Sebenarnya kita semua sudah memiliki cinta tetapi berlainan individu. Semasa kecil kita sangat mencintai ibu bapa kita. Sehingga dewasa cinta itu semakin luas dan sesuai dengan pembesaran kita. Ianya menjadi lebih berwarna warni dalam mencorakkan kain putih cinta yang sudah kita miliki.
Saya bukan pakar cinta tetapi saya suka bercinta. Semoga Allah s.w.t memberi cinta yang di cari kepada anda semua.

Tabung Haji umum bonus 5 peratus

Rezekimu Akan Mengejarmu Seperti Maut Mengejarmu
