Resepi Mudah Kari Ikan Darat

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.Bersyukur kerana masih berceloteh hari ini. Nak masak apa pula ni?? Resepi Mudah Kari Ikan Darat. Sedap kan? Mana nak cari ikan darat ?? Mujur ada lagi tempat di kampung yang boleh memberi ruang kami sekeluarga untuk turun memancing ikan darat. 

Resepi Mudah Kari Ikan Darat


Resepi Mudah Kari Ikan Darat


Kalau minggu lepas dah masak sambal, hari ni kita masak gulai @ kari. Orang kedah panggil gulai. Kalau tak boleh memancing, anda juga boleh terus beli di market yang berdekatan, cuma bezanya nanti ikan yang di beli itu kurang segar dan hilang sedikit rasa manisnya. Akan tetapi ianya masih boleh di gunakan. Nak mencuci dan 'besiang' ikan darat harus orang yang memang betul-betul pandai ya. Kalau tidak memang ke laut la nanti rupa ikan itu.

Sama juga, masih nak bagitahu,bukan hendak mendabik dada, tetapi khaty memang pakar dalam bab 'besiang' ikan darat kerana sejak umur 10 tahun memang sudah biasa melakukannya. 'Orang kampung la katakan'..hehehe..Nak cuci pun ada cara tau..

Cara mencuci ikan darat

  • sediakan garam, asam jawa,limau nipis dan air di dalam bekas untuk di isikan dengan ikan darat
  • selepas 'besiang ikan, masukkan ikan ke dalam campuran air tadi,jangan bilas dulu
  • biarkan selama 5 minit
  • segala lendir dan bau hanyir akan hilang
  • kerja penyucian ikan akan bertambah mudah
  • kemudian bila dengan air bersih

Bahan-bahan untuk  Kari Ikan Darat

Ikan darat ( keli, haruan, sepat, puyu)
2 bungkus serbuk kari
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Daun kari
Halia
Santan
minyak
gula 
garam
air asam jawa

Mari kita masak Kari Ikan Darat

  • Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis bawang putih,merah dan halia yang telah di hiris halus2 serta daun kari .
  • tumis biar garing sikit, baru sedap
  • masukkan serbuk kari ikan dan di sulami dengan sedikit air
  • biar rempah sampai pecah minyak baru masukkan ikan
  • setelah ikan nampak macam masak sikit kan, masuk kan santan, air asam jawa,gula dan garam.
  • nak letak timun/ubi keledek @ ubi kentang sebagai tambahan dalam kari pun boleh
  • siap untuk di hidang.
Ok boleh di makan sekarang. Kalau anda kena tambah nasi jangan marah khaty ya. Selamat mencuba

6 komen:

  1. sedap tu Khaty.. makan panas-panas dengan nasi lembek2 skit.. perrgghhh...!! hahahahaaa.. :)

    ReplyDelete
  2. Hmmm saya dengan anak kedua memang selalu mancing ikan darat .. kadang leh dapat sampai 10 ekor ikan sekali mancing.

    Memang nak tahu sangat resepi nak masak ikan darat ni. Hmm tak tahu pula kena pakai sampai 2 peket kari .. patutlah kari/gulai ikan darat nampak pekat semacam je.

    Terima kasih ye sbb kongsi resepi ni.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah Khaty, sedapnya :)

    ReplyDelete
  4. TU MCM IKAN HARUAN JE KAN .. NAMPAK SEDAP TP KAMI TAK MKN IKAN SUNGAI

    ReplyDelete
  5. dap nyer....
    baru tgk gambo.
    lom makan lagi :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok gulai ni.
    teringat gulai mak kat kampung.

    ReplyDelete