Hai semua.Bersyukur kerana masih berceloteh hari ini. Nak masak apa pula ni?? Resepi Mudah Kari Ikan Darat. Sedap kan? Mana nak cari ikan darat ?? Mujur ada lagi tempat di kampung yang boleh memberi ruang kami sekeluarga untuk turun memancing ikan darat.
Resepi Mudah Kari Ikan Darat
Kalau minggu lepas dah masak sambal, hari ni kita masak gulai @ kari. Orang kedah panggil gulai. Kalau tak boleh memancing, anda juga boleh terus beli di market yang berdekatan, cuma bezanya nanti ikan yang di beli itu kurang segar dan hilang sedikit rasa manisnya. Akan tetapi ianya masih boleh di gunakan. Nak mencuci dan 'besiang' ikan darat harus orang yang memang betul-betul pandai ya. Kalau tidak memang ke laut la nanti rupa ikan itu.
Sama juga, masih nak bagitahu,bukan hendak mendabik dada, tetapi khaty memang pakar dalam bab 'besiang' ikan darat kerana sejak umur 10 tahun memang sudah biasa melakukannya. 'Orang kampung la katakan'..hehehe..Nak cuci pun ada cara tau..
Cara mencuci ikan darat
- sediakan garam, asam jawa,limau nipis dan air di dalam bekas untuk di isikan dengan ikan darat
- selepas 'besiang ikan, masukkan ikan ke dalam campuran air tadi,jangan bilas dulu
- biarkan selama 5 minit
- segala lendir dan bau hanyir akan hilang
- kerja penyucian ikan akan bertambah mudah
- kemudian bila dengan air bersih
Bahan-bahan untuk Kari Ikan Darat
Ikan darat ( keli, haruan, sepat, puyu)
2 bungkus serbuk kari
1 biji bawang besar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Daun kari
Halia
Santan
Daun kari
Halia
Santan
minyak
gula
garam
air asam jawa
air asam jawa
Mari kita masak Kari Ikan Darat
- Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis bawang putih,merah dan halia yang telah di hiris halus2 serta daun kari .
- tumis biar garing sikit, baru sedap
- masukkan serbuk kari ikan dan di sulami dengan sedikit air
- biar rempah sampai pecah minyak baru masukkan ikan
- setelah ikan nampak macam masak sikit kan, masuk kan santan, air asam jawa,gula dan garam.
- nak letak timun/ubi keledek @ ubi kentang sebagai tambahan dalam kari pun boleh
- siap untuk di hidang.
Ok boleh di makan sekarang. Kalau anda kena tambah nasi jangan marah khaty ya. Selamat mencuba
sedap tu Khaty.. makan panas-panas dengan nasi lembek2 skit.. perrgghhh...!! hahahahaaa.. :)
ReplyDeleteHmmm saya dengan anak kedua memang selalu mancing ikan darat .. kadang leh dapat sampai 10 ekor ikan sekali mancing.
ReplyDeleteMemang nak tahu sangat resepi nak masak ikan darat ni. Hmm tak tahu pula kena pakai sampai 2 peket kari .. patutlah kari/gulai ikan darat nampak pekat semacam je.
Terima kasih ye sbb kongsi resepi ni.
Subhanallah Khaty, sedapnya :)
ReplyDeleteTU MCM IKAN HARUAN JE KAN .. NAMPAK SEDAP TP KAMI TAK MKN IKAN SUNGAI
ReplyDeletedap nyer....
ReplyDeletebaru tgk gambo.
lom makan lagi :)
sedapnya tengok gulai ni.
ReplyDeleteteringat gulai mak kat kampung.
waalaikumussalam. ikan darat yg ikan keli ja tak makan. ntah lah kenapa, macam takleh nak telan. huhu
ReplyDeletewah... sedapnya.... pekat elok ja nampak gulai
ReplyDeleteknp trikh entri ni 13/1 ..hehe
ReplyDeletesedap nampak ikan ni :)
tahniah sebab terpilih masuk dalam bloglist bunga bulan ni :)
Alahai Khaty oii... Sedaonya kari ikan. Kuah tuh kaw yakmat
ReplyDeleteSedapnya...orang utara panggil kari is gulai kan...best la..nak buat kari ikan keli lagi la weekend ni
ReplyDeleteSedapnya kari..
ReplyDeleteSedapnya.. tetiba pulak teringin nak buat gulai macam nie.. hehehe..
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*