lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 23 February 2016

Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana masih lagi di beri nafas untuk berceloteh di sini. Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat. Sedap kan? Mana nak cari ikan darat ?? Mujur ada lagi tempat di kampung yang boleh memberi ruang kami sekeluarga untuk turun memancing ikan darat. 

Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat


Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat


Kalau tak boleh memancing, anda juga boleh terus beli di market yang berdekatan, cuma bezanya nanti ikan yang di beli itu kurang segar dan hilang sedikit rasa manisnya. Akan tetapi ianya masih boleh di gunakan. Nak mencuci dan 'besiang' ikan darat harus orang yang memang betul-betul pandai ya. Kalau tidak memang ke laut la nanti rupa ikan itu.

Bukan hendak mendabik dada, tetapi khaty memang pakar dalam bab 'besiang' ikan darat kerana sejak umur 10 tahun memang sudah biasa melakukannya. 'Orang kampung la katakan'..hehehe..Nak cuci pun ada cara tau..

Cara mencuci ikan darat

  • sediakan garam, asam jawa,limau nipis dan air di dalam bekas untuk di isikan dengan ikan darat
  • selepas 'besiang ikan, masukkan ikan ke dalam campuran air tadi,jangan bilas dulu
  • biarkan selama 5 minit
  • segala lendir dan bau hanyir akan hilang
  • kerja penyucian ikan akan bertambah mudah
  • kemudian bila dengan air bersih

Bahan-bahan untuk  Sambal Tumis Ikan Darat

Ikan darat ( keli, haruan, sepat, puyu)
20 tangkai cili kering 
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
serai 
air asam jawa
minyak
tepung jagung
gula 
garam

Mari kita masak Sambal Tumis Ikan Darat

  • Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng
  • Masukkan ikan darat yang telah dilumur dengan garam dan kunyit
  • masukkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan dapur anda di hujani dengan letupan minyak
  • gorang biar garing sikit, baru sedap
  • kisar cili kering,bawang putih dan merah
  • ketuk serai
  • tumis bahan kisar menggunakan minyak gorengan tadi juga, masukkan sekali serai
  • masukkan gula,garam dan air asam jawa secukup rasa.
  • setelah sambal pecah minyak masukkan ikan.
  • siap untuk di hidang.
Ok boleh di makan sekarang. Kalau anda kena tambah nasi jangan marah khaty ya. Selamat mencuba

6 comments:

  1. kalau dapat ikan tilapia buat sambal sedap ni khaty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA..tilapia bapa khaty bela dekat kolam tepi umah..hehehe

      Delete
  2. tak mkn ikan sg...walaupun kita duduk area bendang.... tok dulu2 cuci ikan sg ni ngan daun gajus..... mmg hilang hanyir dan lendirnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..tak pernah guna, lps nie boleh try

      Delete
  3. aduhai.. memang simple resipi ni...tapi rasa mabeles..

    ReplyDelete