Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..kepada mereka yang telah menabung di tabung haji , Tabung Haji telah mengumumkan bonus buat anda semua.

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2015 pada kadar sebanyak lima peratus sebagai bonus tahunan yang akan diberikan kepada 8.85 juta pendepositnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, malah Tabung Haji juga turut memberikan
Tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji meliputi 8.23 juta akaun pendeposit, menjadikan mereka mendapat bonus keseluruhan lapan peratus.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Tabung Haji akan mengagihkan RM3.23 bilion sebagai hibah atau bonus kepada pendeposit dan baki RM300 juta daripada keuntungan tahun ini disimpan sebagai rizab,” katanya ketika Majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015 di Dewan Besar, Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Alhamdulillah... :)
ReplyDeleteapa pun alhamdulilah
ReplyDeleteJom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini
alhamdulillah.
ReplyDeletelom update buku TH lagi :)