Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ini masa sedang borak santai dengan group whatsapp, terkeluar satu episod menarik iaitu 'kahwin'..Macam-macam ada, malam nak berinai, mana nak pergi spa..Haihh,zaman khaty dah hampir 12 tahun berlalu.
Bila sembang pasal kahwin, paling seronok bab spa badan. Ye la kan, nak bagi lagi berseri dan kulit halus mulus. Macam kami yang berketurunan jawa, lulur badan memang buat sendiri. Sebab masih ada nenek, jadi mereka lah yang menguruskannya. Senang sangat nak buat lulur. Kita yang dah kawin pun boleh pakai.
Lulur Badan Wangi.
Kalau dahulu, mana kita nak jumpa spa yang ada macam zaman sekarang. Memang kalau nak buat apa pun semuanya manual dan menggunakan kudrat sendiri. Maka terhasillah lulur badan yang sangat wangi dan seronok sangat apabila pakai.
Bahan-Bahan membuat Lulur Badan
2 Mangkuk beras ( tidak kisah beras apa pun)
10 helai Daun pandan
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Cara membuat lulur badan
Rendam beras seharian. Angkat bilas dan toskan
Kisar bahan-bahan di atas dan di sulami dengan air sedikit demi sedikit.
Ianya akan jadi pes dan boleh disimpan didalam peti sejuk.
Jadi boleh di pakai bila-bila masa.
Gosok di seluruh badan dan biarkan ia kering dahulu sebelum anda mandi
*ada satu lagi daun yang di gunakan, agak tidak pasti tapi namanya lebih kurang berbunyi seperti ini 'DAUN DELINGAU'. Fungsi daun ini akan membuatkan lulur badan kami berbeza dengan yang ada di luar.
Selamat mencuba.
untuk cowok boleh gak mbak ?
ReplyDeleteboleh lah mas
Deleteawesome :)
ReplyDelete