Gaun Pengantin Jahitan Tangan 101 meter

Assalamualaikum w.b.t

Gaun Pengantin Jahitan Tangan 101 meter

Musim cuti sekolah datang lagi. Maknanya banyak lah jemputan kenduri. Cuti sekolah mesti ada kenduri kahwin, ada kenduri kahwin mesti cuti sekolah. Maka banyak lah design baju pengantin yang terlihat semasa menghadiri majlis perkahwinan tersebut.


Ada yang pakai songket, ada yang pakai gaun dan pastinya semua pengantin memang lawa. Tetapi memang tidak boleh tahan bila baca artikel di akhbar metro hari ini, gaun pengantin jahitan tangan sepanjang 101 meter telah berjaya membuat ramai yang tertarik. Fuhh..dasyat betul tukang jahit yang buat gaun pengantin ini.

Beijing: Ribuan penduduk di Jinan, di wilayah timur China, Shandong, berpusu-pusu datang melihat baju pengantin yang meleret sepanjang 101 meter.
Gaun itu diperagakan di jalan raya bandar itu untuk mempromosikan kedai baju pengantin, lapor Huanqiu.com. 
Jurucakap kedai itu berkata, seramai 21 tukang jahit mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan gaun berkenaan. 
Gaun jahitan tangan itu dilaporkan bernilai 300,000 Yuan (RM191,000).
Syarikat Sweet Story berkata, mereka memilih leretan gaun sepanjang itu kerana mengandungi maksud tersirat bahawa pengantin perempuan yang memakainya satu dalam 100 - angka yang dianggap tuah untuk perkahwinan bahagia. 
Puluhan orang dilihat memegang leretan kain itu di atas jalan.
Acara itu diharapkan mampu menarik pelanggan menjelang musim bunga yang lazimnya melihat peningkatan majlis perkahwinan. - Agensi-metro

Lain orang lain cara nya untuk membuat promosi yang dapat menarik perhatian orang ramai. Anda mampu anda boleh buat. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.  

2 komen:

  1. Macam- macam orang akan buat untuk tarik perhatian dan jadi perhatian kan...

    ReplyDelete