lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 24 March 2016

Google Flight Memasuki Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Google Flight  Memasuki Malaysia
credit thestar

Mencari tawaran terbaik dalam penerbangan? Atau mungkin anda sedang mencari masa yang sesuai bagi mencari destinasi anda?

Google Flight  Memasuki Malaysia

Google Flight, perkhidmatan gergasi carian untuk mencari tawaran terbaik bagi tujuan penerbangan, kini telah tiba di Malaysia.

Jika anda sedang mencari destinasi atau masa-masa tertentu dan tarikh untuk perjalanan, anda hanya boleh memasukkan ia ke dalam ruang carian dan Google Flight akan memilih tawaran yang terbaik untuk anda.

Walau bagaimanapun, kuasa sebenar Google Flight adalah bahawa anda boleh mencari berdasarkan minat juga - walaupun anda tidak boleh mencari dengan menggunakan mana-mana terma carian yang anda mahu, Google Flight menyediakan beberapa syarat untuk anda untuk memilih, seperti Pantai, Kolam rekreasi, Membeli-belah dan sukan musim sejuk dan lain-lain.

Jadi, khaty telah mencuba menggodek beberapa aktiviti di dalam Google Flight, memang seronok sebab ia akan bagi anda tempat dan keadaan yang bersesuaian pada waktu itu. Anda juga boleh melawati laman sesawang googleflight untuk selanjutnya.

Cara menggunakan Google Flight

Google Flight  Memasuki Malaysia

Bila anda semua dah masuk ke laman web google flight,anda akan nampak seperti dalam gambar di atas.

Google Flight  Memasuki Malaysia

Jadi boleh la memilih tarikh,tempat yang hendak di tuju. Masukkan tarikh di bahagian dates, tempat yang anda mahu . Boleh pilih selagi tidak berjumpa yang berkenan di hati.

Google Flight  Memasuki Malaysia
Harga yang di paparkan hanya harga tiket kapal terbang yang belum lengkap lagi. Jadi anda perlu untuk menambah lagi jumlah wang untuk lengkapkan tempahan tiket dan juga memilih hotel. Macam mana khaty tahu, sebab dah lama godek-godek dekat laman web google flight, maka banyak lah maklumat yang akan anda perolehi.

Google Flight  Memasuki Malaysia


Anda akan di paparkan dengan jenis-jenis penerbangan yang akan pergi membawa anda ke tempat yang di inginkan. Macam lagi mudahkan, tak perlu nak buka satu-satu laman penerbangan yang ada.

Google Flight  Memasuki Malaysia

Itu adalah senarai hotel yang akan di tawarkan kepada anda. Jadi dekat sini anda sudah jimat masa dalam mencari hotel yang murah dan bersesuaian dengan anda.

Google Flight  Memasuki Malaysia


Google Flight  Memasuki Malaysia

Apabila anda sudah mendapat keputusan di mana anda akan bercuti, maka lengkapkan lah permohonan anda.

Memang khaty bukan seorang yang arif mengenai google flight ini, tetapi khaty suka melihat akan kemudahan yang di sediakan kepada anda yang gemar melancong. Bukan kah perkara yang senang dan baik itu amat kita memerlukannya. Jadi pilihan di tangan anda. Selamat mencuba

1 comment: