lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 3 March 2016

Jejak Kasih 22 Tahun Di Facebook

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak menggunakan perkataan jejak kasih, rancangan jejak kasih pun dah lama habis. Tengah baca akhbar metro, ternampak kisah jejak kasih yang begitu lama untuk di pertemukan. Mesti derita sangat waktu kehilangan itu, dan bahagia selepas bertemu kan.

Jejak Kasih 22 Tahun Di Facebook


Muka hensem macam pelakon bollywood. hehehehe...Dengan bantuan teknologi yang kita ada sekarang, maka ianya mempermudahkan lagi proses pencarian. Rasanya banyak juga yang telah jejak kasih melalui media, bukan yang ini sahaja.

Kaherah: Seorang lelaki yang hilang sejak 22 tahun lalu menemui semula keluarganya selepas menyiarkan rayuan dalam televisyen dan laman Facebook, lapor akhbar tempatan semalam.

Penonton televisyen dan pengguna Facebook yang melihat mesejnya itu menghubungi keluarganya yang menetap di pusat bandar Asyut, di mana Mohammed Abdullah Rahouma dilaporkan hilang ketika berumur tiga tahun.
Boleh bayangkan tak kalau anak-anak kita yang hilang. Takutkan. Mujur anak yang hilang ini telah membuat rayuan, kalau tidak sampai bila pun jejak kasih ini tiada penghujungnya.
Ketika itu, Mohammed pulang dari kedai di bandar berkenaan, tetapi sesat dan terus hilang dalam kejadian pada 1994 itu, kata mereka.

Dia dijumpai dan dibesarkan seorang janda, yang kemudian menyerahkannya kepada rumah anak yatim dan di situ, dia mula mencari keluarganya.
Menurut laporan, ujian DNA menunjukkan Mohammed anak kepada sebuah keluarga di Asyut dan mempunyai lima adik beradik perempuan.
“Dia bertemu dengan keluarganya dan mereka bersatu sekali lagi,” kata sumber polis. - Agensi  credit : metro
Apa pun gembira apabila membaca mereka sudah bertemu kembali. Memang mereka bukan orang yang khaty kenali, tetapi mereka juga manusia yang sama seperti kita. 





2 comments:

  1. Kesiannya kan..macam mana la perasaan dia semasa dia hilang tu kan?

    ReplyDelete
  2. fuh tktnye .... sbb terbygkan klu terjd katanak2 kita....skrg ni mcm2 kes berlaku .... mmg tak lepa sesaat anak2 zaman skrg ni .... takt

    ReplyDelete