lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Friday, 4 March 2016

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 2

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung di episod 2. Lepas sahaja makan, kami ronda-ronda dulu sebab nak chek-in hotel pukul 2.00ptg. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30tgh. Jadi atur strategi supaya masa yang ada tidak dibazirkan atas jalan.

Fikir punya fikir, kami menuju ke UnderWater World dahulu. Panas terik sangat membahang menusuk sehingga ke dalam kulit. 


Under Water World Pulau Langkawi




Anak-anak paling seronok sebab masuk dalam sahaja terasa sejuk sahaja. Memang tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bergembira untuk melihat haiwan yang ada.

Pusing punya pusing, sampai tak jumpa pintu untuk ke tempat seterusnya. Ternaik anak tangga yang menuju ke tempat tarikan baru iaitu tempat di mana kita dapat merasai, tsunami, taufan dan keadaaan cuaca di muka bumi ini secara live. Memang tak masuklah sebab kena pakai plastik, memang sah akan basah.







Wifie ja banyak dalam Under Water World ni. Habis ja melawat, apa lagi, tempat terakhir bangunan ini kan bijak menarik pengunjung untuk membeli-belah. Haihhhh..coklat yang sedap..


Aseania Resort Langkawi

Ini lah tempat penginapan kami selama 3h2m. Harga bilik berpatutan, tetapi kalau anda hendak percutian budget, rasanya area pantai cenang lagi banyak hotel yang memang murah. Tetapi khaty suka keadaan di aseania resort langkawi sebab tidak perlu risau pasal parking dan keadaan kereta sewa. 


Salah satu sebab lagi khaty suka akan aseania resort langkawi ini, terdapat kolam mandi yang begitu luas. Ada mini teampark. Kebetulan keadaan cuaca di pantai sangat panas, jadinya memang berkampung di kolam mandi aseania resort langkawi selama berada di langkawi.

ok..kami nak pergi mandi kolam dulu. Jumpa lagi selepas ini.

4 comments:

  1. Part yg shopping coklat paling best :)

    ReplyDelete
  2. masa gi tuari memang tak sempat nak berjalan sangat..macam nk gi lagi je

    ReplyDelete
  3. hai menarik la pi langkawi..underwater world dah pi tapi masa tu cik puteri belum ada...nak pi juga la nanti

    ReplyDelete
  4. bestnye..bilelah nak sampai langkawi ni.. sob sob

    ReplyDelete