lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 10 March 2016

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung lagi episod di Pulau Langkawi. Seterusnya kami melawat ke serata tempat. Tapi sebab dah lewat petang, banyak tempat-tempat yang telah di tutup. Sempat bergambar sahaja di dapan Makan Mahsuri.

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3


Selepas itu, pusing punya pusing, sampai la ke tempat yang popular di waktu petang di persekitaran landasan lapangan terbang Pulau Langkawi. Laksa Airpot. Mai langkawi yang kali ini baru dapat singgah. Power ka laksa sini. Meh la try. 


Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3

Boleh tahan la laksa kat airpot ni. Rasa memang lain sikit dari yang khaty selalu makan kat area kampung. Paling terkejut harga makanan yang campur-campur. Ambik kau masa nak bayar,terkejut juga. Mujur kuah rojak campur sedap.

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3

Lepak sekejap di situ sambil menikmati matahari terbenam. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t.

Sesudah sembahyang isya', perut masing-masing pakat dok berdondang sayang. Asalnya hendak makan di Wan Thai Restoran di Kuah. Tetapi tengok jam dah pukul 9 mlm, jadi kami pun tak mau la pergi jauh-jauh. Akhirnya buat keputusan makan di restoran Jailani. Orang kata masakan dan makan kat sini sedap. Ok kita cuba.

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3


Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3



Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3

Harga makanan di Jailani Restoran memang berpatutan, paling sedap udang masam manis. Ikan siakap masa nak pilih macam kecil ja, tetapi bila dah siap masak dan sampai di meja, macam dah jadi besar. Ajaib.. Makan sampai tersandar anak-anak khaty. Baru puas.

Hendak pusing-pusing di kawasan pantai cenang lepas makan tidak kesampaian kerana tiupan angin yang kuat dan agak sejuk menyebabkan kami semua balik balik. Lagi pun, kawasan cenang agak sukar untuk dapatkan parking kereta. Jadi balik tidur je la dalam bilik.

Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3




Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3


Percutian singkat di Pulau Langkawi part 3

Tempat wajib untuk bergambar, Dataran Helang. Sebenarnya khaty banyak berkampung di hotel berbanding keluar ronda di Pulau Langkawi. Bapa khaty yang banyak bergerak ke sana ke mari untuk menjelajah Pulau Langkawi. Ini sahaja yang dapat di kongsi.

Percutian di Pulau Langkawi sebenarnya memerlukan poket yang agak tebal untuk anda memenuhi hasrat hati. Tetapi bukan lah menjadi seorang yang boros. Ada pro and contra. Tempat penginapan murah, tetapi perbelanjaan kadang-kadang agak tidak terkawal. Jadi lah bijak dalam apa jua yang anda lakukan.

Selamat bercuti anda semua.

No comments:

Post a Comment