Percutian singkat di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Pada hujung minggu yang lalu, khaty telah membawa anak-anak dan  mak ayah pergi ke pulau langkawi. Asalnya hendak pergi bersama suami, akan tetapi disebabkan kekangan cuti, jadi perancangan bertukar.


Percutian Ke Pulau Langkawi

Apabila pergi dengan orang tua khaty, macam-macam la kena ikut. Nak naik feri di kuala perlis, tetapi bapa cakap jauh, cemuih ( bosan) terperap dalam kereta lama-lama. Naik la feri di jeti kuala kedah untuk ke Pulau Langkawi. Selepas 11 tahun khaty kembali semula ke jeti kuala kedah. Dahulunya pergi honeymoon, sekarang bawa keluarga. Hehehe.

Parking di Kuala Kedah

Sampai sahaja di jeti kuala kedah, budak-budak parking memang laju saja panggil kami untuk parking. Kebetulan memang jarak parking dekat dengan terminal, jadi tak fikir panjang terus bersetuju untuk parking di tepi jalan sahaja. Kononya memang selamat.

Apabila kaki melangkah masuk je kaunter pembelian tiket feri ke Pulau Langkawi sahaja, 'Wawwww'..Memang dah cantik dan sistematik tempat nya. Teratur sahaja susunannya. Rezeki sampai sahaja ke kaunter, dapat beli tiket untuk  naik feri ke Pulau Langkawi pukul 9.30 pagi. Yeayyy..

Merekod maklumat peribadi menggunakan sistem.

Ingatkan selepas beli tiket boleh duduk releks di kerusi,rupa-rupanya kena daftar nama penumpang mengikut jumlah tiket yang di beli melalui komputer yang di sediakan. Ini sudah maju ke hadapan. Tidak perlu merekod di buku, rekod di sistem terus. Tahniah jeti Kuala Kedah atas sistem yang di wujudkan. Bagi khaty memang tiada masalah, setakat nak isi butiran penumpang senang sahaja, tetapi bagi mereka yang jarang menggunakan komputer, pastinya akan membuatkan orang di belakang anda tak senang duduk sempat agak perlahan. Tetapi itu lah, biarpun tidak biasa, kita kena belajar untuk menerima perubahan yang terjadi.

Percutian singkat di Pulau Langkawi

Dah siap-siap atas feri, maka sibuklah mencari tempat duduk. Dah agak memang kena bahagian bawah sekali. Khaty memang mabuk laut, jadinya khaty tidur sahaja tanpa melihat sekekliling. Pening oiiii. Anak khaty pun berulang kali masuk tandas muntah. Haihhh..sabar saja lah, perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1jam40minit. Lamakan..

Percutian singkat di Pulau Langkawi

Percutian singkat di Pulau Langkawi

Percutian singkat di Pulau Langkawi

Proton Almera bertukar Honda City

Sampai sahaja ke Pulau Langkawi, muka semua ada gembira. Alhamdulillah selamat sampai. Sekarang kena cari kereta. Khaty dah tempah awal kereta sewa, jadi hanya perlu hubungi sahaja dan terus dapat kereta. Asalnya hendak sewa Proton Almera, tetapi di sebabkan orang yang sewa belum hantar lagi, jadi kami di beri kereta honda city. Gembira juga sebab tidak pernah memandu kereta honda. Chewi sekejap. Memang murah, 1 hari RM80.00 untuk honda city. Mana nak carikan harga yang murah itu.

Percutian singkat di Pulau Langkawi

Memang seronok betul lah dapat bawa kereta honda idaman hati, bukan honda city la..jadi, tempat pertama yang kami cari adalah kedai makan. Lapar sangat dah, bawa bekal bihun tetapi mana lah hendak kenyang sampai tengahari. Singgah la di kedai makan yang berdekatan denga pekan kuah. Rasanya bukan rezeki kami sebab harga makanan agak mahal. Haihhh..Bayar juga sebab dah habis makan kan. Dalam kereta bapa dengan mak ngomel pasal harga makan, tidak berbaloi langsung. 

Kemana khaty selepas makan? Nantikan ya...

6 komen:

  1. Bestnya...rindu Langkawi..dah lama x pi sana..

    ReplyDelete
  2. bestnyee g langkawi..tak penah lg sampai sana..huhu

    ReplyDelete
  3. pernah plan tak jd dgn langkawi ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Best nya jln2..lama tak pergi sne..last time pergi ngn family naik kpl terbang hehe..tak suka..hehe

    ReplyDelete
  5. assalam..sis boleh dapat no contact kereta sewa di langkawi?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, nak dpt contact no kereta sewa di Langkawi dear....

    ReplyDelete