Resepi mudah tauchu ikan tongkol

Assalamualaikum w.b.t

Resepi mudah tauchu ikan tongkol


Musim kenduri bercampur dengan keadaan yang agak panas, nak makan pun kurang selera. Kalau boleh nak makan lauk yang kering-kering ja. Berkuah sangat tidak mahu. Kicap penambah rasa pun sudah mencukupi.


Sudah nya, khaty buat ikan tongkol masak tauchu. Siapa suka makan tauchu?? tauchu kalau tak pedas tak terangkat sangat.

Resepi mudah tauchu ikan tongkol

Bahan-bahan membuat  tauchu ikan tongkol

  • 3-5 ketul ikan tongkol@kayu
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • cili padi
  • 2 batang serai yang di ketuk
  • tauchu ( tamin)
  • air asam jawa
  • minyak 
  • garam gula

Cara memasak tauchu ikan tongkol

  1. Goreng ikan tongkol @ kayu separuh masak,kalau kering sangat kurang sedap
  2. Angkat dan toskan ikan.
  3. Guna kembali minyak gorengan ikan tadi
  4. Tumis bawang merah,bawang putih dan halis yang telah di hiris halus
  5. Tumis juga serai dan cili padi yang di hiris halus
  6. Masukkan 3 sudu tauchu,jangan banyak sangat sebab nanti masin
  7. Masukkan air asam jawa dalam 1/2 mangkuk
  8. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  9. Biar ia mendidih dan boleh masukkan ikan.
  10. Masak seketika dan boleh dihidang.

Makan denga nasi panas2 baru sedap. Gabungan panas dan pedas akan membuatkan anda menambah nasi berkali-kali. Selamat mencuba

3 komen:

  1. Kebetulan kat rumah ada ikan tongkol.
    Balik nanti nak cubalah resepi nih! ;-)

    ReplyDelete
  2. rasa nye mcm tak pernah mkn taucu tp kite tau taucu tu ape ... hehe nanti boleh try

    ReplyDelete
  3. Pening nak masak apa. Tq muncul pulak resipi ni. bolehlah as masak taucu.

    jemput lawat blog As

    http://www.mamaiqram.com

    ReplyDelete