Rose Emilia [2015] Skrin Di9 Full Telemovie

Assalamualaikum w.b.t



Semalam tertengok iklan dan ada satu drama yang khaty rasa memang seronok untuk di tonton. Heroin kegemaran khaty pula yang berlakon, nabila huda dan tizz zaqiyah. Rasa mereka jarang di gandingkan bersama. 


SINOPSIS ROSE EMILIA


Kisah bermula apabila Emilia (lakonan Tiz Zaqyah) terjaga daripada tidur dan mendapati tunangnya, Qayyum (Keith Foo) berada di depan halaman rumahnya dengan seorang wanita yang dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Rose (Nabila Huda) merupakan bekas teman wanita Qayyum. Dia cuba untuk membunuh diri tetapi gagal. Disebabkan itu, Qayyum meminta Emilia menjaga Rose sehingga pulih. 

Hidup Emilia menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Rose yang selalu membawa masalah. Tidak lama kemudian Emilia tahu siapa Rose sebenarnya dan mengapa Qayyum meninggalkannya dulu. Saksikan selanjutnya di TV9



JUDUL : ROSE EMILIA


TARIKH / MASA : 20 April 2015 (8.30 malam) 
SIARAN : Slot Skrin DI 9 (TV9)
SKRIP : Adzim Shahabudin
PENGARAH : Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)
TERBITAN : Country & Universal
PELAKON : Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Keith Foo, Lana Nordin, Iqram Dinzly, Zarina Zainuddin, Ryiena Ismail, Idris Mat Diah, Ku Faridah




0 komen:

Post a Comment