lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Tuesday, 22 March 2016

Sekolah Cuti : Cuaca panas melebihi 39 darjah Celsius di Perlis, Kedah

Assalamualaikum w.b.t

Sekolah Cuti : Cuaca panas melebihi 39 darjah Celsius di Perlis, Kedah
Sekolah di negeri kedah dan perlis di tutup mulai hari ini dan esok. Gembira sungguh anak-anak khaty sebab sekolah cuti lagi. Boleh bangun lambat dan main . Itulah lumrah sifat kanak-kanak yang normal apabila cuti sekolah tidak boleh duduk diam. Ulangkaji pelajaran tidak sampai 30 minit, tetapi kalau bab main, boleh tahan satu hari. Rasanya semua orang sama sahaja, tidak kira masa kini atau pun dahulu.

KUALA LUMPUR 21 Mac - Sesi persekolahan di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari bermula esok ekoran cuaca panas melampau iaitu melebihi 39 darjah Celsius.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mendapat nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya Jabatan Meteorologi serta Kementerian Kesihatan berhubung gejala itu.“Oleh itu, buat masa ini, kementerian memutuskan sesi persekolahan untuk proses pengajaran dan pembe­lajaran (PdP) di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari sehingga Rabu.“Bagaimanapun, guru-guru perlu hadir menjalankan tugas seperti biasa kerana yang tutup hanya PdP. Tiada arahan perubahan penutupan sesi persekolahan di negeri lain buat masa ini kerana suhu yang tinggi hanya dua negeri itu,” katanya.Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), di sini hari ini.Istiadat Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. Turut berangkat, Toh Puan Temenggong, Tengku Maliha Tengku Arif.Hadir sama dalam istiadat itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pro-Canselor CUCMS, Datuk Dr. R. Palan; Pengerusi Lembaga Pengurusan CUCMS, Tan Sri Dr. Ridzwan Abu Bakar dan Presiden CUCMS, Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak.Dalam pada itu, kementerian dalam kenyataannya berkata, penutupan sekolah di kedua-dua negeri itu tidak perlu diganti.“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Da­erah (PPD) yang terlibat hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan ini.“Kementerian juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” kata kenyataan itu.jumlah muridSek. Menengah Sek. Rendah Prasekolah JumlahPerlis 22,927 21, 711 2,491 47, 129Kedah 162,264 190,930 13,463 366,657Jumlah 185,191 212,641 15,954 413,786jumlah sekolahSEK. Menengah SEK. Rendah JumlahPerlis 30 74 104Kedah 202 547 749Jumlah 232 621 853
Bagi wanita bekerjaya sememangnya tidak dapat melihat dan mengawal pergerakan anak-anak di waktu siang, cuma dapat mengaharapkan penjaga sahaja. Cuaca panas kena minum air putih lebih, mandi kerap dan paling best duduk tepi peti ais sambil buka pintu untuk bagi anda lagi cepat rasa sejuk.

1 comment:

  1. TP BELAH UTARA PANAS DIE MMG LAIN MACAM SIKIT ....
    KADANG TU KLU BUKAN MUSIM PANAS PUN KLU BALIK SANA SY TAK TAHAN BOLEH DEMAM

    ReplyDelete