4 Jenis Posisi Tidur Wanita Yang Perlu Anda Tahu

4 Jenis Posisi Tidur Wanita Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Semalam tidur nyenyak kah? Atau selepas bangun tidur ada rasa seperti lenguh-lenguh sendi. mungkin posisi tidur memainkan peranan semasa kita sedang tidur. mungkin anda tahu dan tidak tahu bahawa setiap posisi tidur kita mempunyai makna yang tersendiri. Khas nya buat wanita kerana khaty terjumpa 4 jenis posisi tidur wanita yang perlu anda tahu. Siapa yang perlu tahu. Kita lah sebagai wanita dan juga para suami.
4 Jenis Posisi Tidur Wanita Yang Perlu Anda Tahu

Jenis-Jenis Posisi Tidur Wanita

1.Posisi Tentera atau Menegak


Wanita yang tidur secara menegak atau tentera di katakan mempunyai disiplin yang tinggi. Akan tetapi meraka juga menjadi tempat untuk kita mengadu.

2. Posisi Bayi

Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk serta seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.

3. Posisi Meniarap

Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka dan mereka sangat menghirburkan

4. Posisi Mengiring

Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

Tidak perlu risau bagaiman posisi kita apabila kita sudah betul-betul terlena . Yang penting anda cukup tidur. Jangan stress sebab nanti tidak cukup tidur lain pula penyakit yang datang. Tidurlah dengan rasa gembira dan selesa.

3 komen:

  1. dayah ada semua jenis tu..haa gane tu?hehe

    ReplyDelete
  2. 1st n last n yg xde dlm senarai.hhahahahaa. tido dgn tedybear

    ReplyDelete