Astro Oasis : Bakat Tahfiz Muda Menghafaz Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Astro Oasis : Bakat Tahfiz Muda Menghafaz Al-Quran

Sedap telinga mendengar alunan bacaaan ayat-ayat al-quran dari peserta-peserta tahfiz muda yang telah berjaya di pilih untuk merebut gelaran juara. Tetapi sebenarnya semua nya sangat berjaya kerana pada usia seawal 5 tahun sudah dapat menghafaza ayat-ayat Al-Quran dengan baik sekali.


Melentur buluh biar dari rebungnya. Siapa tidak suka melihat anak-anak cilik ini mempunyai keberaniaan yang luar biasa apabila berada di atas pentas untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran yang telah di pilih.


SERAMAI 10 orang kanak-kanak telah dipilih untuk menyertai program realiti baru terbitan Astro, Tahfiz Muda.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, 10 calon tersebut telah dikenal pasti menerusi sesi uji bakat setelah melihat kelancaran mereka dalam menghafaz al-Quran.

“Secara jujur, kami sendiri terkejut melihat kebolehan kanak-kanak ini menghafaz al-Quran seawal usia 8 tahun lagi.

“Tidak dinafikan kebanyakan peserta yang hadir mempunyai bakat yang besar namun setelah penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan, maka 10 peserta inilah telah dipilih,” katanya ketika ditemui pada sidang media Tahfiz Muda.

10 peserta yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Syadril Idham Sable, 11, Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham,10, Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, Muhammad Aminuddin Mohd Basir, 9, Muhammad Amiruddin Mohd Basir,9, Fatimah Azzahra Bukhari, 12, Nura Mohd Nazir, 10, dan Mohamad Aqil Khair Mohamed Fairos, 11.

Dalam pada itu, Tahfiz Muda juga bakal diadili 100 peratus oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Zainuldin (Hakim Tajwid), PU Hafiz (Hakim Hafazan) dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman (Hakim Tarannum Kreativiti).

Astro Oasis : Bakat Tahfiz Muda Menghafaz Al-Quran

Selain itu, program ini juga turut menampilkan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (pembimbing) manakala Imam Muda Asyraf selaku hos Tahfiz Muda.

Astro Oasis : Bakat Tahfiz Muda Menghafaz Al-Quran

Tahfiz Muda akan bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam bermula 14 April 2016 secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135)

Kepada anda jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan ilmiah ini. Semoga kita mendapat keberkatan dari rancangan ini. Al-Quran Ku Sahabat Ku

0 komen:

Post a Comment