lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 4 April 2016

Kebab paling mahal di dunia

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya kalau sebut pasal makanan, memang tidak dapat di pisahkan dengan kita.Makanan juga merupakan sumber kepada manusia untuk meneruskan hidup dan melakukan aktiviti harian. Kita yang berada di malaysia sangat bertuah kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang amat mudah di dapati. Samada pergi ke gerai atau tempat itu sendiri ataupun melalui online.


Tetapi apabila terbaca suatu akhbar yang menunjukkan ada satu makanan kebab yang paling mahal di dunia, terdetik untuk tahu apakah bahan-bahan yang di gunakan sehingga harganya melambung naik sebegitu sekali. Nak makan pun sayang bila sudah mahal sangat.


London: Seorang chef menghasilkan kebab di restorannya di sini yang didakwa paling mahal di dunia - £925 (RM5,100).Chef berkenaan, Onder Saham dari restoran Hazev di Canary Wharf turut menawar untuk membayar lebih mahal daripada itu kepada mereka yang boleh membuat kebab lebih baik daripadanya.Dalam video yang menunjukkan dia menyediakan makanan itu, Onder berkata: “Saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu luar biasa. Saya menciptakan ‘Kebab Diraja.’”Menurutnya, dia menggunakan daging, sayur minyak zaitun paling berkualiti di samping cuka yang dihasilkan 25 tahun lalu untuk membuat kebab berkenaan.Onder berkata, dia mengambil keputusan untuk membuat kebab berkenaan sebagai usaha untuk mengikiskan tanggapan makanan itu hanya sesuai untuk dijadikan makanan segera dan murah.Kebab itu juga disediakan bagi meraikan Anugerah Kebab Britain kali keempat yang diadakan awal Mac lalu.Onder memenangi tempat pertama sebagai chef kebab Britain terbaik pada acara itu. - Agensi
Memang berkualiti tinggi bahan-bahan yang di gunakan. Jadi kepada ibu-ibu yang mengandung kalau-kalau ada perasaan teringin hendak makan kebab, jangan lah cari yang mahal-mahal seperti ini.

2 comments: