lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 18 April 2016

Menjamu selera dalam sungai

Assalamualaikum w.b.t

Menjamu selera dalam sungai


Musim panas yang sedang melanda sekarang menyebabkan ramai di antara kita mencari pelbagai alternatif untuk menyejukkan badan. Mandi kerap. Dan kebiasaannya pada musim panas melanda, kawasan yang paling popular adalah sungai dan juga air terjun. Air yang sejuk di kelilingi pokok-pokok hutan menyebabkan si pengunjung merasakan begitu damai sehingga terdetik di  hati alangkah baiknya jika rumah berdekatan dengan sungai dan air terjun.

Siapa yang pernah makan dalam air sungai. Maksudnya sambil duduk. Anak-anak khaty selalu buat macam itu apabila mereka berada di dalam sungai bersama-sama kami. Sebab apa makan dalam air sungai? Sebab sejuk dan nyaman sahaja. Lagipun lepas makan terus basuh pinggan menggunakan pasir sungai. Kan jimat sabun.

Ada lagi satu yang seronok, cuba anda buat. Makan durian di dalam air sungai. Pastinya sangat bahagia apabila anda sedang menikmatinya. Tak dapat hendak gambarkan. Anda cuba dan anda pasti tahu perasaannya. Tetapi khaty baru buat sekali sebab musim durian kebelakangan ini jatuh bulan puasa, jadi kena tunggu lah.

Yang ini menarik. Kedai makan menyediakan tempay makan di dalam sungai. Ada meja dan kerusi, jadi sangat selesa.

Baling: Cuaca panas melampau ketika ini menyebabkan seorang peniaga makanan mencari kelainan dengan meletak meja makan dalam air di kawasan perkelahan Lata Celak, Iboi, Baling, di sini, sejak sebulan lalu.
Abd Rani Salleh, 60, berkata, dia menyediakan tempat makan dalam sungai berhampiran gerainya di atas bukit.
Menjamu selera dalam sungai
Dia baru memulakan perniagaan di kawasan perkelahan Lata Celak, Iboi, sejak sebulan lalu dengan menjual laksa, bihun, rojak, makanan ringan serta minuman sejuk dan panas.
“Sebelum ini saya meletakkan meja dan kerusi di atas namun cuaca panas menyebabkan saya mengubahnya ke dalam air.
“Tidak sangka ia dapat sambutan pengunjung untuk makan dan minum dengan cara ini,” katanya
Menjamu selera dalam sungai
Selamat mencuba  kepada anda semua. Pergi sekali pasti akan terasa untuk pergi dua kali. 

1 comment: